Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Monday, April 26, 2010
BN ALI RUSTAM & GENG SUBANG TERSUNGKUR DI BUKIT SENTOSA 2
Untuk makluman,Tempat mengundi teman kalah pada PRU 12 dengan 2 saluran sahaja.Namun pada PRK ini saluran bertambah jadi 3 tapi kami menang semuanya.Dengan 188 pengundi telah dipindahkan ke UPU lain dan wujud pengundi umur lebih 100 tahun di saluran 1 BS2 1-5 serta tambahan saluran 3 yang seramai 450 pengundi yang hadir cuma 293 orang , yang lain mungkin dummy untuk mengecilkan peratus Pakatan Rakyat (andaian teman).PR menang majoriti 3 di saluran 1,17 disaluran 2 dan 14 di saluran 3.
Tahniah Pakatan Rakyat Bukit Sentosa 2, terutama Tempat mengundi Sek Kebangsaan BS2 6-12 dan Menengah BS2 1-5 kerana mengalahkan Kontigen BN yang diketua Ali Rustam dan BN Subang.
Alhamdulillah berkat kesabaran penyokong ,penduduk Bukit Sentosa/Bukit Beruntung dan berkat kehadiran Mursyidul Am PAS dan bantuan PAS Subang dan PAS Negeri Sembila, Dewan Ulama' , Pakatan Rakyat Negeri Sembilan dan ramail lagi menguatkan lagi jentera PAS Bukit Sentosa.Takbir !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
assalamualaikum
Kekalahan tipis Pakatan rakyat dengan Barisan nasional dalam Pilihan raya kecil P094 Hulu Selangor dengan jarak bezanya lebih seribu, tidak boleh digambarkan sebagai kemenangan total dan mudah oleh Umno(BN).Sebab peranan SPR yang mengendalikan pihanraya itu banyak pihak mempersoalkan malah sempat dibawa kedalam persidangan Parlimen oleh wakil rakyat Pakatan rakyat baru-baru ini tapi ditolak mentah-mentah.Tambahan pula kebisuan SPRM dengan isu-isu projek-projek segera,tawaran sana sini dan janji-janji manis berupa habuan tidak diambil tindakan olehnya keatas apa yang telah ditunjukkan oleh BN(Barisan nasional)dalam pilihanraya ini.Oleh itu sekira dua egensi ini memainkan peranan dengan baik dan telus,kemungkinan besar dan saya yakin PAKATAN RAKYAT boleh menang dengan mudah dan memperolehi undi yang banyak.Dan yang pentingnya selepas ini BN perlu menunaikan apa yang dijanjikan seperti apa yang dijanjikan keatas penduduk Sg Buaya dan tempat yang lain kerana undian yang diberi kepada mereka adalah berdasar tawaran dan keuntungan jangka pendek yang bakal diperolehi.Jika tidak untuk PRU13 mereka akan dikalah dalam keadaan malu oleh pengundi-pengundi yang mengundi mereka.Dan lagi bolehkah wakil rakyat yang menang(BN) berfungsi betul diParlimen untuk kebaikan rakyat dan negara.Kita tengok dan tunggu hal ini sehingga PRU13 nanti.Syabas dan tahniah kapada pengundi-pengundi diBukit Sentosa2 yang memilih Pakatan rakyat dan membawa kemenangan dikawasan itu serta boleh menjadi batu lonjakan kepada kawasan yang lain untuk memenangkan Pakatan rakyat diPRU13 nanti insyaalah.Tahniah juga kepada team work Pas cawangan Bukit sentosa2 keatas kejayaan ini,semoga segala tenaga,buah fikiran dan wang ringgit menjadi sebab musabab keredaan Allah kita diakhirat nanti dan diberi ganjaran syurga Firdaus yang dimimpikan oleh setiap pejuang-pejuang Islam.Kita tunggu dengan keimanan yng tinggi bagi PRU13 akan datang dengan laungan Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar
Post a Comment