Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, April 1, 2010

BAYANGKAN FATWA DIPATUHI SELEPAS 15 TAHUN !


Komen : Akhirnya selepas 15 tahun Kerajaan BN yang dikatakan Negara Islam telah mematuhi fatwa mengharamkan upacara letak kalungan bunga di Tugu Negara.
Bayangkan berapa banyak fatwa kalau satu fatwa mengambil masa 15 (LIMA BELAS) TAHUN untuk dipatuhi!
Akhirnya kerajaan akur juga dengan Majlis Fatwa. Majlis fatwa dah lama keluarkan fatwa kata haram kepada upacara bertafakur dihadapan Tugu Negara yang sebelum ni setiap tahun diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan.
Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan adalah sama dengan keputusan yang telah diambil dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 7 Oktober 1987 iaitu bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik. - e-Fatwa

Fatwa ini dikeluarkan pada muzakarah kali ke 39 bertarikh 21 September 1995. Maknanya kerajaan Umno BN ambik hampir 15 tahun baru nak ikut. Kalau ambil tarikh 7 Oktober 1987 macam yang tertulis kat atas tu lagi la lama, maknanya dah 23 tahun dah usia fatwa tu baru nak digunapakai.

Ini menggambarkan wajah sebenar Malaysia yang selalu dilaungkan sebagai 'negara Islam contoh'. Kalau orang dah boleh mengundi dah pun.

Bernama melaporkan:

Kerajaan pada Rabu memutuskan lokasi sambutan Hari Pahlawan yang sering diadakan di Tugu Negara pada setiap 31 Julai akan dipindahkan ke Putrajaya, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pemindahan lokasi itu adalah sebagai mematuhi garis panduan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini yang menyatakan sambutan itu tidak boleh diadakan di kawasan yang mempunyai patung menyerupai manusia.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat bersama antara Kementerian Pertahanan dan Jabatan Perdana Menteri pada Rabu.

"Pada tahun ini kita akan adakan sambutan di satu tempat yang tertakluk kepada Perdana Menteri tetapi dataran tetap akan dibuat atas persetujuan bersama antara Kementerian Pertahanan, Polis Diraja Malaysia dan Jakim.

"Elemen-elemen perayaan kali ini akan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Jakim dan disahkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini. - Bernama ⊗

3 comments:

YANG GAMBI said...

Bro Bkt Sentosa,

Disitulah menampakkan sedikit demi sedikit perubahan yg dibuat oleh kerajaan UMNO-BN...... itulah gunanya penasihat2 agama yg ada disekeliling pemimpin.... walau pun memakan masa, tapi ianya berubah mengikut kesesuaian masa.

Ada sesetengah ilmuan agama hanya pandai mengkritik utk dijadikan isu demi kepentingan politik sahaja... jgnlah bila buat pun dijadikan isu, tak buat apatah lagi... pendek kata tiada yg baik pda pandangan mata....

PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 said...

Terima kasih Yang Gambi, memang kita bersyukur dengan perubahan ini tapi benda dah didepan mata jangan tungu sampai bertahun nak laksanakan.Belum cerita sebat lagi,baru nak minta fatwa arak ,orang yang minum arak dan orang Islam yg berjawatan tinggi dalam bisnes arak pun susah nak keluar fatwa, nak hukum jauh sekali.

budakbalun said...

Yang gambi.. kalau gini punya slow.. sampai kiamat takkan ada undang2 Islam diMalaysia nih!