Syukur alhamdulillah Hulu Selangor akan mendapat bantuan hebat dari jentera PAS Terengganu yang pernah membenamkan UMNO/BN di kubu kuat mereka di Parlimen Kuala Terengganu sebelum ini.
HULU SELANGOR – PAS Trengganu berazam akan ‘membenamkan’ Umno dan Barisan Nasional (BN) di Ulu Bernam, kawasan yang menjadi fokus jenteranya dalam pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor (PRK Hulu Selangor).
”Harapan (untuk menang) cerah kerana Pakatan Rakyat akan meletakkan seorang tokoh nasional yang dikenali ramai,
”kebajikan kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR telah dirasai oleh seluruh rakyat dan pimpinan negeri yang sentiasa turun padang,”kata Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat.
Katanya, perpecahan Umno menghadapi PRK Hulu Selangor tidak dapat disembunyikan lagi, yang akan menjadi satu faktr kekalan Umno/ BN.
(Gambar - Haji Hanafiah bersama Setiausaha PAS Terengganu Haji yahaya Ali, berbincang dengan jentera PAS setempat)
”Perebutan calon diantara Umno dan MIC begitu ketara, petang kelmarin, saya mendapat maklumat, Umno Hulu Selangor mengadakan mesyuarat tergempar,
”mereka bercadang untuk menghantar memorandum kepada Presiden Umno Dato’ Seri Najib Razak, menuntut supaya kerusi tersebut diletakkan calon dari Umno,”tegas Hanafiah ketika menghubungi Buletinonline
Dalam perkembangan yang sama, Pengarah Jabatan Piliharaya, Ariffin Deraman berkata, PAS Terengganu secara rasminya akan menghantar seramai 150 petugas sepanjang kempen pilihanraya kecil berkenaan.
Katanya. PAS Terengganu telah pun menempatkan 50 petugas mahir bermula 12 April lalu.
”Kita telah pun menghantar 50 petugas bagi gelombang pertama, 50 petugas mahir ke Felda Sungai Tengi, Ulu Bernam,
”kawasan yang menjadi fokus jentera PAS Terengganu, sepanjang kempen pilihanyara kecil ini,”jelas Ariffin.
Katanya, petugas Terengganu akan dihantar dalam tiga fasa, Gelombang 1, 2 dan 3, sehingga hari pengundian 25 April depan.
“Gelombang 1 bertugas dari 12 hingga 17 April, gelombang 2 dari 17 hingga 21 April dan gelombang 3 dari tarikh tersebut hingga hari pengundian,
”kita telah pun selesai melengkapkan semua logistik, membuka bilik gerakan dan merangka pergerakan kempen sepanjang 9 hari,”jelasnya ketika dihubungi.
Menurutnya, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hdi Awang akan melancarkan gerak kerja jentera pilihanraya PAS Terengganu pada jam 4.30 petang, 17 April, Sabtu.
”Sebelah malamnya, Presiden akan berceramah bersama Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution, bagi melengkap kempen hari pertama,”tambahnya.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Friday, April 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
assalamualaikum
Selamat datang kepada mereka-mereka yang mencari keredaan Allah dan menbantu rakyat(pengundi) untuk membuat pemilihan tepat didalam PRK Hulu Selangor demi kebaikan rakyat dinegara kita ini.
Post a Comment