MIC Abaikan Masalah Perumahan Pekerja Ladang Kalumpang
SUARA KEADILAN
HULU BERNAM - Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Perihatin Selangor, Dr Xavier Jayakumar menyarankan agar pekerja Ladang Kalumpang menubuhkan sebuah badan bertindak untuk menyelesaikan masalah penempatan perumahan mereka.
Langkah ini akan memudahkan pihak pengurusan PKNS menempatkan kira-kira 70 keluarga (hampir 90% terdiri daripada masyarakat India) dari ladang tersebut untuk mendiami rumah teres kos rendah di Bernam Jaya.
Beliau berkata demikian semasa mengadakan dialog dengan penduduk ladang tersebut baru-baru ini.
Turut hadir pada sesi dialog itu termasuk Saari Sungib, Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang yang juga pembantu Exco Perumahan, pihak pengurusan PKNS serta pengurusan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Bernam.
"Masalah penduduk bermula apabila kerajaan Umno-BN di bawah Menteri Besar Muhammad Muhd Taib melalui PKNS membeli tanah ladang tersebut dari syarikat perladangan KL Kepong sekitar tahun 90an untuk menjadikannya sebagai sebuah pusat bandar baru bagi kawasan Hulu Bernam," terang Dr Xavier.
Walau bagaimanapun rancangan tersebut terbengkalai ekoran kemelesetan ekonomi dan juga pertukaran pucuk pimpinan negeri pada masa itu.
Ekoran itu penempatan pekerja ladang itu juga turut dipinggirkan hinggalah isu tersebut timbul semula baru-baru ini.
Kerajaan negeri melalui PKNS sedang berusaha untuk menempatkan pekerja terlibat untuk membeli rumah teres kos rendah dua tingkat dengan harga RM42,000 dan berharap penyelesaian dapat dicapai dalam masa dua bulan.
"Kerajaan BN Selangor telah meminggirkan keperluan masyarakat ladang tersebut lebih 20 tahun yang lalu dan seterusnya melepaskan masalah tersebut untuk ditanggung oleh kerajaan Pakatan Rakyat," jelas beliau.
Dr Xavier juga melahirkan rasa sedihnya terhadap sikap Ahli Parlimen BN dari MIC yang telah mewakili kawasan tersebut selama 3 penggal sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pada PRU Mac 2008 yang lalu.
Tegasnya bekas wakil rakyat Hulu Selangor, Datuk G Palanivel gagal menyelesaikan masalah pekerja ladang tersebut sambil menyatakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat sanggup mencari penyelesaian terhadap masalah itu.
Dalam majlis itu Xavier turut menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada 48 orang ahli keluarga pekerja miskin di ladang tersebut.
Kalumpang, Sabah.
Hari ini tepat pada pukul 5.55pm , 10 Orang wakil ratusan peneroka Ulu Kalumpang Landau & Cenderamata bertolak ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan pemimpin negara di bangunan Parlimen .
Ini adalah rentetan daripada janji Pakatan Rakyat setelah mendengar sendiri keluhan mereka ketika Program Ceramah Umum yang diadakan 16hb Mac yang lalu.
Usaha yang dilakukan ini adalah salah satu daripada usaha yang mereka lakukan dengan bersungguh sungguh untuk mendapatkan kembali hak mereka setelah tanah yang mereka usahakan dirampas begitu sahaja dan kerja kerja memotong dan memusnahkan tanaman hasil titik peluh mereka masih dijalankan oleh kontraktor yang dilantik kerajaan.
Pelbagai janji yang ditaburkan oleh pihak kerajaan tetapi janji tinggal janji kerana tidak ada apa apa pun yang dilakukan.
Mereka akan disambut di Kuala Lumpur oleh jawatankuasa PAS dan mereka akan dibantu untuk berjumpa dengan pemimpin pemimpin negara dari pihak kerajaan dan pakatan rakyat di bangunan parlimen esok.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment