BERA – Kesemua 15 subkontraktor bagi projek pembinaan Ibu Pejabat Polis (IPD) Bera bernilai RM60 juta membuat laporan polis berikutan kegagalan kontraktor utama membuat pembayaran bermula Mac tahun lalu.
Jurucakap Sub-Kontraktor, Ahmad Nizam Ibrahim berkata, dalam laporan itu turut meminta polis melakukan siasatan kepada pihak berkenaan apabila telah melantik subkontraktor yang baru untuk meneruskan kerja-kerja pembinaan.
Menurutnya, pihak mereka tidak menerima sebarang surat atau notis yang menyatakan kontrak mereka diberhentikan daripada meneruskan pembinaan di tapak projek tetapi keliru ada pula pihak lain dibenarkan meneruskan projek berkenaan.
“Melalui laporan polis itu, kami mahu pihak berkenaan memberi penjelasan kepada kami mengenai keadaan yang berlaku di tapak projek.
“Kami tidak pasti sama ada kami telah ditamatkan kontrak atau tidak, kerana kami langsung tidak menerima sebarang surat atau notis mengenainya,’ katanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis yang turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Triang, Leong Ngah Ngah.
Sebelum itu, mereka mengadakan perjumpaan di tapak pembinaan selain meninjau tapak projek.
Bayaran tertunggak RM10juta
Ahmad Nizam berkata, bayaran tertunggak yang masih belum diterima 15 subkontraktor adalah kira-kira RM10 juta dan terdapat lima peratus kerja-kerja pembinaan yang masih belum diselesaikan.
Sinar Harian difahamkan, sejak kesemua 15 subkontraktor ini tidak menerima pembayaran sewajarnya, mereka sebulat suara memberhentikan kerja-kerja pembinaan buat sementara waktu supaya kontraktor utama boleh membuat pembayaran kepada mereka.
Projek berkenaan sepatutnya siap pada Julai 2009, sehingga kerja-kerja pembinaan itu diteruskan semula Mac lalu oleh subkontraktor lain yang dilantik pihak berkaitan.
Menurutnya, mereka memberhentikan sementara kerja-kerja pembinaan itu adalah untuk menuntut hak mereka yang dijanjikan sebelum ini.
“Kami buat semua kerja kami. Tidak sepatutnya mereka menolak untuk membayar kepada kerja-kerja yang kami lakukan.
“Sekiranya mereka membuat pembayaran mengikut masa yang ditetapkan, saya yakin perkara ini tidak mungkin akan berlaku,” katanya.
Beliau berkata, kini apabila telah ada pihak ketiga meneruskan kerja-kerja pembinaan itu, mereka tidak pasti sama ada kedudukan mereka sekarang ini, adakah masih di bawah kontrak projek dan yang paling penting, adakah mereka akan dibayar sepenuhnya.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
assalamualaikum
Mungkin boleh dicuba sekiranya Ahmad Nizam dan kawan-kawannya membawa kes ini berjumpa pihak Kementerian Dalam Negeri(KDN-client)yang terbabit dengan projek pembinaan itu dan mengarahkan pembayaran atau progress payment seterusnya kepada subcontraktor yang terbabit.Disamping itu teliti dulu penjanjian kontrak kerja dengan Main kontraktor dan penyedian dokumen tuntutan pembayaran dan perbelanjaan yang lengkap yang boleh dijadikan bukti dan pertimbangan dari pihak tuanpunya(KDN).Cuba jangan tak cuba nanti pulus termasuk keuntungan hilang bagitu sahaja.
Post a Comment