Rezeki Yahya kini semakin bersinar di kancah politik Kuala Lumpur dalam waktu singkat. Setelah bergelar Ketua Bahagian, di lantik pula sebagai Ahli Lembaga Penasihat DBKL dan baru - baru ini di anugerahkan gelaran " Datuk" bersempena hari Wilayah Persekutuan.
Nama Ketua UMNO Batu Datuk Yahya Mat Ghani sekali lagi menonjol . Kali ini pasal perlantikanya sebagai Pengerusi BN Parlimen Batu yang menyebabkan Gerakan Batu "nak angin dan mengamuk". Jawatan Pengerusi BN Parlimen Batu yang kian lama di sandang oleh Gerakan kini terlepas tangan ke tangan UMNO.
" Mereka kurang aktif. Tumpuan asas kita nak menang pilihanraya kecil atau umum. Yang di lihat sekarang UMNO yang banyak buat kerja. Kita anjur lebih 200 program, dengan memberi bantuan dan khidmat kepada rakyat. Kita turun berjumpa rakyat. Jadi pemimpin kita lihat kita bekerja...bukan saya yang minta jawatan tersebut", kata Yahya Mat Ghani atau di kenali sebagai "Abas Batu".
Pada masa yang sama, ahli - ahli Gerakan pula sudah mula risau apakah kerusi Batu yang di milikinya akan bertukar tangan selepas 22 tahun ? Mereka menyifatkanya sebagai satu tamparan yang cukup kuat.
Persoalanya apakah, Gerakan akan terkubur di Wilayah Persekutuan selepas ini ?
Sudah ada ura - ura akan berlaku pilihanraya kecil di Batu kerana kes mahkamah melibatkan Ahli Parlimen PKR Tian Chua. Ada yang kata, pilihanraya kecil hampir pasti akan berlaku. Sekiranya berlaku, siapakah calonya ? UMNO atau Gerakan ?
Kini jawatan Pengerusi BN Parlimen Batu di sandang oleh bekas Ahli Parlimen Batu Datuk Ng Lip Yong. Di fahamkan Gerakan mahu menamakan Pengerusi Gerakan Batu Lim Si Pin yang sebagai calon dan juga Pengerusi BN Batu.
" Pada saya, kalau UMNO jadi calon, agak berat nak menang sebab pengundi cina adalah penentu. Gerakan sendiri pun boleh letak calon. UMNO akan memberi sokongan", kata Yahya Ghani.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment