PUTRAJAYA : Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas setiausaha politik menteri kanan yang ditahan bersama wang tunai RM2 juta bulan lalu, melibatkan bank asing dan hartanah luar negara.
Lantaran itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull berkata, pihaknya memerlukan lebih banyak masa bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.
"Kes ini melibatkan akaun bank antarabangsa. Jadi, kita memerlukan masa untuk mengesan harta-harta di luar negara. Beri kami sedikit masa untuk selesaikan siasatan kes ini," katanya pada satu majlis anjuran suruhanjaya berkenaan.
Pada 18 Februari lepas, bekas setiausaha politik itu yang ditahan pada 12 Februari lalu, dibebaskan oleh SPRM dengan jaminan RM50,000.
Sebelum itu, pegawai SPRM dari Putrajaya telah menyerbu sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang dan menemui wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta.
Semakan TV Selangor mendapati, kebanyakan blog menamakan Hasbie Satar sebagai individu berkenaan. Hasbie adalah bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment