Malam tadi TV3 dengan rancangan Aduan Rakyat berkisah pasal tanah kubur orang Islam bukan kubur Melayu tau.
Yang muka tak malu si TV3 yang dipunyai orang Melayu Islam sanggup meluluskan kisah ini dibuat liputan.Lepah tu guna si Karam Singh Walia plak utuk buat liputan.
Ni pasal nak kenakan siap ni.Rancangan yg disiarkan TV3 itu memaparkan keadaan kubur yang tidak terurus di Sungai tua berkedudukan di jalan utama ke Ulu Yam. Berdasarkan laporan tersebut, keadaan kubur itu amat menyedihkan sehingga ia dikatakan tidak lagi selamat untuk diziarahi dan sudah tidak berupa kubur lagi.
Laporan itu menyatakan bahawa pihak Majlis Perbadanan Selayang tidak lagi menyenggara kubur disitu lagi.
Menurut pegawai Jabatan Agama Islam Selangor yang dihubungi pula menyatakan sekiranya pihak Majlis Perbadanan Selayang tidak lagi menyelenggara kubur tersebut
maka tugas tersebut harus diambil alih oleh pihak masjid yang berkenaan.
Apakah semangat fardu kifayah ini sudah dilupai sama sekali oleh penduduk atau qariah masjid berkenaan? Apakah pihak masjid melalui jawatankuasanya tidak
boleh mengurus keadaan anak qariahnya sehingga akhirnya gagal melaksanakan kefarduan kifayah ini? Di mana kerja sama anak qariah dalam meimarahkan masjid
sehingga perkara seperti ini boleh timbul? Semua ini menjadi persoalan dan menggambarkan betapa rapuhnya persaudaraan sesama kita umat Islam.
Bukankah kita orang Melayu ada semangat gotong-royong. Jadi, di manakah semangat itu
Sungai Tua ini telah begelar "golongan menengah" maka semua nilai-nilai murni agama dan bangsa harus diketepikan dan hanya melihat kepentingan
sendiri sahaja yang utama. Lantas, apabila berlaku sesuatu masalah di sesuatu tempat dan kawasan maka stesen tv dipanggil untuk menyelesaikan masalah.
Apakah kita tidak sedar bahawa tindakan menyiarkan perkara tersebut tidak langsung memberi kebaikan lebih-lebih lagi dalam isu seumpama ini yang menjatuhkan
maruah kita sendiri.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
No comments:
Post a Comment