Sultan Kelantan, Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra, selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini dari Singapura selepas menjalani rawatan perubatan di Hospital Mt Elizabeth sejak Mei tahun lalu.
Sultan Kelantan dan rombongan istana tiba pada jam 12.30 tengah hari dan disambut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin; Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; dan semua Exco kerajaan negeri.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dilaporkan tidak sihat untuk hadir sama menyambut keberangkatan pulang itu.
Baginda kemudiannya terus dibawa pulang ke Istana Mahkota, Kubang Kerian.
Turut menyambut kepulangan baginda ialah kira-kira 5,000 rakyat Kelantan.
Di pintu masuk ke istana, ratusan lagi rakyat Kelantan merentang beberapa pemidang kain mengalu-alukan keberangkatan pulang baginda. – Bernama
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
saudara suka sangat ambil sumber berita dari Bernama mereka ni akan fokus pimpinan Pusat Sambutkemudin baru Kelantan,nanpak macam kerajaan kelantan x ambil berat kepulangan Baginda..
Salam sdr.
Hakikatnya majoriti rakyat kelantan pun tidak hiraukan sangat berita ini.
Terima kasih teguran, memang betul
Itu sebab ditulis Bernama.
Berkaitan Sultan terlalu sensitif , contoh Dato Nik Aziz baru cadangkan bawa balik Sultan dah dituduh menghina Sultan.Haraf paham
Post a Comment