Gara Kerajaan Takda duit, semua saman ke atas Kerajaan akan gagal atau ditarik balik.Ini yang berlaku pada bekas tahanan ISA yang telah menang saman bernilai RM2.5 juta.aloi bila masa yang ditangguh digunakan oleh mereka mencari alasan saman akan ditarik balik.Begitu juga kes MB Pahang yang disaman RM60juta dan sudah kali kedua kalah tapi tak mengalah dan cuba buat penangguhan.
Malek Hussein hilang RM2.5 juta, terpaksa bayar RM50,000
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih
PUTRAJAYA, 25 Mac: Hasrat bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Abdul Malek Hussein untuk menjadi jutawan hampa bahkan terpaksa membayar kos mahkamah RM50,000 apabila Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan kerajaan untuk mengetepikan kemenangannya di Mahkamah Tinggi.
Hakim Datuk Md Raus Shariff yang mengetuai panel tiga hakim memutuskan bahawa penahanan Abdul Malek Hussein adalah sah dan menolak semua dakwaan yang dia diseksa semasa dalam tahanan.
Dua lagi hakim yang mengadili beliau adalah hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Sulong Matjeraie dan Datuk Ahmad Maarop.
Berikutan keputusan itu, Abdul Malek (gambar) tidak layak mendapat sebarang pampasan kewangan tetapi sebaliknya diarahkan oleh Mahkamah Rayuan untuk membayar kos RM50,000.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi menganugerahkan gantirugi RM2.5 juta kepadanya setelah menerima saman beliau terhadap kerajaan.
Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Hishamudin Mohd Yunus, pada tahun 2007 memutuskan penahanan Abdul Malek ketika demonstrasi reformasi itu dibuat dengan niat jahat berdasarkan Artikel 5, Perlembagaan Persekutuan.
Sementara itu, Abdul Malek berkata, beliau akan merayu kes ini ke Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan hari ini.
Abdul Malek, ditangkap dan mendakwa dia diseksa oleh kerajaan pada tahun 1998.
Beliau kemudiannya memfailkan saman pada Mac 1999, terhadap anggota cawangan khas, Borhan Daud; Ketua Polis ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan kerajaan Malaysia.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment