Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, March 24, 2010

SELEPAS ZAHRAIN KENA BALUN DENGAN BN ,KINI YANG SORANG NI TUNGGU MASA JER

RUPANYA SELAMA INI ZULKIFLI ADALAH PEGUAM PENIPU, SPRM perlu siasat siapa yang merasuah beliau. Kalau Tok Guru pun kena soal kenapa pula Zulkifle tidak disoal?

KUALA LUMPUR, 24 Mac - Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin berkata beliau akan berjumpa dan meminta maaf kepada individu tertentu termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjadi mangsa fitnah melibatkannya.

"Saya dah jumpa, dah cerita dan minta maaf kepada orang tertentu yang kena fitnah disebabkan duti yang telah saya laksanakan. Alhamdulillah diterima baik.
"Ada juga akan datang yang saya akan jumpa beberapa orang tertentu yang kita telah aibkan atau fitnahkan yang saya terlibat...(Perdana Menteri) saya akan jumpalah, kalau dia nak jumpa," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini Rabu.

Beliau sebelum itu membuat pendedahan mendakwa ditawarkan ganjaran besar untuk mengaitkan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu ketika membahas usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.

Zulkifli juga mendedahkan bahawa beliau telah mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dengan kes pembunuhan sekitar tahun 2004.

Katanya beliau bersedia untuk disoal siasat tetapi tidak akan membuat laporan polis mengenai perkara itu kerana ingin menyelesaikannya sendiri.

"Sebab bila kita buat laporan polis, nanti benda tu jadi 'public' dan ada orang yang akan aib...ada mangsa-mangsa ini tak mahu diaibkan. Jadi pendekatan Islam ialah jangan aibkan orang tapi selesaikan masalah itu," katanya.

Ditanya mengenai jenis ganjaran besar yang ditawarkan kepadanya, Zulkifli berkata: "Tawaran boleh dalam pelbagai bentuk, tak semestinya duit...macam-macamlah."

Beliau juga enggan mendedahkan pihak yang membuat tawaran berkenaan di luar dewan dan akan mendedahkannya jika diberi peluang pada masa depan.

"Kita ada etika, benda yang kita tak cakap dalam Parlimen, kita tak cakap di luar (Parlimen).

"Saya juga tak bercadang nak dedahkan macam Datuk Zahrain (Anggota Parlimen Bayan Baru), mungkin dia berasa dia perlu dedahkan, saya kira peringkat ini tak perlulah saya nak dedahkan," katanya.

Minggu lepas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang menjadi wakil Bebas selepas keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat pendedahan mendakwa Anwar berbohong kononnya Yang di-Pertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera merestui rancangan 16 Sept 2008 untuk Anwar mengambil alih kuasa pemerintahan negara.

Mengenai perasaannya selepas membuat pendedahan tersebut, Zulkifli berkata: "Boleh tidur aman la, malahan saya rasa satu beban dah lepas, terutama yang pasal PM dan Nazri."

bernama

3 comments:

Maimun said...

Lepas Zahrain katak , zul badut pula buat gempaq . Begini rupanya AP bebas buat kerja ya. Hmmmmm.... lepas ni Brahim Raja Katak punya turn buat gempaq ... lepaih tu Zahrain... Zul ... Brahimm.. sampailah Pilihanraya 13. Tak payah lawat kawasan Parlimen...Hebat betul pejuang melayu dan pejuang Islam bebas ni yaa...

azmie said...

dalam banyak-banyak katak, ni yang paling biol. samada dia tak sedar atau memang dah biol, statement dia ni, samada di dalam atau luar parlimen, memberi maksud "saya tok lebai pembohong. saya bohong dalam kes najib dan nazri". mengaku peguam, pejuang islam. tapi pembohong. mana punya ajaran sesat dia dapat nih. dia tak sedar kot statement dia mengaku pembohong ni boleh effect semua kes dia. bodoh punya lawyer

fidel castro said...

pi tukar ugama lebih baguih..senang bila hudud dilaksanakan kami rejam batu kat hang sampai mati. kata pejuang kebebasan..piiiiiiiiii daaaaaaaaaaah