
Sabah negeri paling Miskin? Siapa akan percaya, negeri kedua terbesar dalam Malaysia ini dengan keluasan 76,115 km2 adalah juga negeri yang termiskin dalam Malaysia. Apa dah jadi dengan negeri Sabah, setahu saya Sabah banyak hasil minyak, tauke dari semenanjung buka ladang kelapa sawit bukan satu dua mana semua hasil cukai itu? Takkan dibawa semua memajukan negeri-negeri di Semenanjung dan membiarkan Sabah ketinggalan dari segi pembangunan.
Di mana semua pemimpin Sabah sekarang? Apakah mereka semua bersenang-lenang dengan kekayaan dan membiarkan rakyat Sabah menanggung semua ini. Ini bukan satu cerita kosong, tapi kenyataan yang harus para pemimpin Sabah hadapi. Tak percaya di bawah bukti Statistik Kemiskinan Tegar Di Malaysia.

Sewaktu pemerintahan USNO, Sabah pernah menjadi negeri kedua terkaya di Malaysia pada tahun 1970? Tapi bila para pemimpin yang bijak pandai memasukkan UMNO ke Sabah semuanya berubah. Banyak kepentingan rakyat Sabah dimansuhkan. Apa para pemimpin lupa di mana sekarang Yayasan Sabah?
Tak hairan kalau para pemimpin bistari dari negeri Kenyalang menolak bulat-bulat hasrat UMNO nak masuk sana. Alasan mereka cukup tepat, apakah dengan kemasukkan UMNO akan memberi kelebihan daripada parti-parti yang ada di negeri Kenyalang sekarang? Yang pastinya, mereka lebih bijak dari pemimpin negeri Sabah yang begitu mudah di jadikan buah catur.
Sudah sampai masanya para pemimpin Sabah memikirkan masalah negeri dan rakyat. Jangan asyik nak jadi pemimpin kerana mengejar kekayaan. Bangkitlah Sabah dari mimpimu, kamu adalah jaguh di arena politik tapi jangan di perbodohkan oleh sesiapa. Bukankah kamu (Negeri Sabah) penyumbang terbesar undi bagi memastikan UMNO kekal memegang Malaysia?
Hai!!! Pemimpin Negeri Sabah dimana nak simpan malu kamu, Mahkota Kemiskinan Tegar Malaysia milik Negeri Sabah.
Sungguh kesian para pemimpin Negeri Sabah, Ibarat Si Kaduk Menang Sorak, Kampung Tergadai.
2 comments:
Beb, tak payahlah kita nak cerita pasal Sabah beb. Banyak yang perlu dilakukan kat Bukit Sentosa/ Bukit Beruntung yang amat dekat depan mata ni. Sabah pula jauh sangat di atas angin tu....
Tapi saya paham pasal apa Sabah menjadi bahan cerita pada kali ni. Nak hasut orang Sabah tak mengundi BN lah tu. Sekilas ikan di air dah ku tahu jantan betina. Biasalah, sebab buat blog mesti tulis buat cerita sekerap mungkin. Jika tidak orang tak datang melawat.
Dah selesai ke banyak masalah yang dilapurkan oleh penduduk di BS/BB. Mungkin boleh tanya dengan Ustaz Zul tu. Aku tabik kat dia sebab memang rajin buat program sejak zaman dulu lagi. Cuma dulu dia bermuka2 sokong BN masa Dato Zainal Sakom tapi sekarang bolehlah dia keluar dari kelambu persembunyian beliau dan istihar diri menyokong PR. Tapi tak apalah, asal dia dapat menyumbang kepada perkara baik2.
Lupa pula aku, apa yang kau cerita pasal Sabah tu? Ramai orang miskin tegar? Agaknya sebab mereka ini duduk dalam negeri yang sebegitu luas jadi pembangunan tak dapat diseratakan antara di bandar dan kampung pendalaman.
Kalau PR menang boleh ke agaknya dilonjakkan Sabah menjadi negeri paling kaya dan maju sekali gus di Malaysia? Walahualam.... cerita bolehlah.
Kalau Masjid Bukit Sentosa pun keadaan tandasnya tak dapat dibersihkan, tak payahlah nak bercakap pasal kemiskinan di Sabah. Buang air liur aje.
Maaf pasal ngomel lebih sikit. Jangan ambik hati, bye.
balasan kepada Anonymou
apa yang di tulis adalah kenyataan. dengan siapa parti-parti sabah bergabung bukan itu menjadi masalah.
satu kesilapan besar para pemimpin negeri sabah ialah memasukan UMNO ke negeri sabah.
ini bererti segala keputusan mengenai negeri sabah harus mendapat kelulusan dari UMNO pusat.
Post a Comment