Kalau sabit kes minum arak sudah tentu dihukum sebat.Namun kes Kartika yang disabit kesalahan di Pahang masih tiada kesudahan.Tiga(3) orang telah disebat menjadi misteri pada rakyat, sepatutnyanya sebat perlu jadi pengajaran pada pesalah dan rakyat .Inilah kesan bila hudad dan qisas tidak dipedulikan.
Kes penahanan lebih 20 pasangan kekasih beragama Islam dalam keadaan khayal serta berpelukan dan melakukan mukadimah zina ketika serbuan pihak berkuasa di sebuah pusat hiburan eksklusif dekat sini, membongkar pembabitan seorang artis terkenal yang dipercayai menjadi dalang kepada kegiatan tidak bermoral di situ.
Menurut sumber Jais, serbuan mengejut itu menyebabkan sebahagian pengunjung beragama Islam bertempiaran lari menggunakan pintu belakang bagi mengelak ditahan kira-kira 20 anggota penguat kuasa.
“Bagi pengunjung wanita yang khayal dan mabuk, mereka bukan saja ‘merapu’ apabila ditanya, malah bertindak berani dan cuba menggoda penguat kuasa yang menjalankan siasatan,” katanya.
Menurutnya, artis wanita berusia lingkungan 30-an itu dipercayai ‘mengalibabakan’ nama rakannya bagi mengelak pihak berkuasa mengesan pembabitannya dengan pusat hiburan berkenaan yang menawarkan suasana romantik bagi pasangan kekasih selain menyediakan pelbagai jenis minuman keras berjenama terkenal.
Beliau berkata, kebanyakan pasangan kekasih beragama Islam menari dan berpelukan dalam keadaan khayal, dipercayai di bawah pengaruh minuman keras.
Kebanyakan pengunjung wanita pula berpakaian seksi sehingga menampakkan bahagian dada dan bawah tubuh.
“Hasil serbuan, 55 pengunjung beragama Islam diberikan kaunseling oleh penguat kuasa walaupun mereka negatif ujian alkohol yang dijalankan.
“Lebih 30 pengunjung lelaki dan wanita pula diambil keterangan dan diarah hadir ke pejabat Jais selepas didapati minum minuman keras,” kata sumber itu.
1. Menteri Dalam Negeri baru-baru ini telah mengistiharkan dengan bangganya bahawa Kartika Sari Dewi bukan lagi orang yang pertama akan di rotan kerana kesalahan syariah. Tok pon agak keliru kenapa pak Menteri kita itu mahu orang lain dulu dirotan daripada Kartika.
2. Maka pak Menteri dalam negeri pun berkata bahawa jangan di hebohkan isu-isu hukuman yang belum dijatuhkan ke atas Kartika Sari Dewi itu kononnya takut mencemarkan kesucian Islam. Bila pula pak Menteri itu mengambil berat tentang kesucian islam?
3. Juga Pak Menteri Dalam Negeri berkata hukuman ke atas 3 wanita islam yang disebat itu adalah semata-mata untuk memberi pengajaran kepada mereka. Kenapa Kartika dilambatkan hukumannya nak bagi glamour dulu ke?
4. Sebelumni, pak Menteri ada berkata pihak penjara tidak ada kepandaian dalam merotan wanita mengikut cara islam. Sedangkan banyak ahli bijak pandai islam di Malaysia ini sedia memberi bantuan untuk tujuan itu.
5. Tetapi tiba-tiba 9 Februari terkejut beruk rakyat bila pihak jabatan penjara telahpun menjalankan hukuman rotan itu.sedangkan hukuman Kartika Sari Dewi masih tidak dijalankan.
6. Semua rakyat Malaysia prihatin tentang isu Kartika Sari Dewi ini dan inginkan jawapan sebenar. bukan nya jawapan retorik yang cuba menghilangkan isu yang sebenar.
7. Pihak UMNO/BN tidak bersungguh dalam menegakkan hukum Allah.jangan sampai Allah menurunkan bala ke atas semua rakyat di Malaysia..
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment