
SHAH ALAM - Sebuah restoran di Jalan Sempadan 16/7, Seksyen 16, di sini semakin menjadi tarikan sejak dibuka pada 12 Februari lalu apabila ia menawarkan makanan percuma setiap hari kepada pengunjung tanpa mengira kaum dan status.
Restoran yang diberi nama Pusat Makan Percuma itu beroperasi setiap hari melainkan Ahad dan cuti umum dari 10.30 pagi hingga 6 petang.
Ia dikendalikan oleh Pertubuhan Kebajikan 1Malaysia, sebuah badan sukarela yang diasaskan oleh ahli perniagaan, Mohamad Sauffi Hamzah. - Kosmo
1 comment:
assalamualaikum
Tak mengapa tak disenaraikan diantara 10 orang yang terkaya di Malaysia asalkan tercatit didalam senarai orang-orang yang diredai lagi diberkati oleh Allah s.w.t.Syabas diucapkan dan syabas lagi kerana prihatin keatas golongan yang memerlukanya.Semoga dimurah rezeki oleh Allah hingga ke anak cucu.
Post a Comment