Petang semalam ketika memandu menuju ke pejabat dari KL, saya mendengar siri kerusi panas dari radio24 bernama yang menemuramah Pengarah SPRM Selangor. banyak isu-isu yang dibincangkan dan ramai yang mengambil kesempatan menelefon radio24 untuk bertanyakan soalan-solan panas.
Dalam semua fakta serta jawapan yang diberikan, saya amat terkejut dengan statistik yang telah dibentangkan oleh pengarah SPRM itu terhadap pencapaian mereka pada tahun 2009.
Sebanyak lebih daripada 500 aduan telah di buat kepada SPRM Selangor sepanjang tahun 2009 mengenai perlakuan rasuah.
Tugas SPRM ialah menyiasat segala laporan untuk mendapatkan bukti dan seterusnya membawa orang yang dilaporkan terlibat dengan rasuah ke muka pengadilan.
Dari pada 500 laporan tersebut sebanyak 8 kes telah berjaya di ketengahkan untuk didakwa, begitulah ulasan pengarah SPRM Selangor dengan bangganya. Jumlah tersebut katanya lagi adalah lebih banyak dari tahun yang sebelum itu iaitu 2008, sebanyak 5 sahaja kes yang dibawa ke muka pengadilan.
Jadi katanya mereka membuat kemajuan!!!!!, saya terkedu dengan kenyataan tersebut dan timbul pelbagai persoalan terhadap kecekapan dan keupayaan SPRM, mungkin elok dibubarkan saja jika tidak ada kemajuan!.
Peratusan kes yang berjaya dibuktikan hanya 0.016%, apa punya lembab? buta saja rakyar sara gaji mereka!
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment