Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, March 11, 2010

PEJUANG RAKYAT TERUS SEDARKAN RAKYAT

Tahniah Mazlan Aliman-Anda pejuang rakyat!

RAUB, 11 Mac: Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman pagi ini telah dibebaskan dengan bon polis RM3,000 dengan seorang penjamin berhubung isu dialog bersama peneroka Felda Lembah Klau, Selasa lepas.

Mazlan yang tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Raub sekitar jam 10.30 pagi seterusnya dibebaskan pula oleh mahkamah setengah jam kemudian.

Selepas itu, Mazlan dibawa semula ke Ibu pejabat Polis Daerah Raub dipercayai bagi urusan dokumentasi dan pembebasan sepenuhnya.

Peguamnya, Haris Abdullah memberitahu satu sidang media khas akan diadakan di pejabatnya bagi memperjelaskan kedudukan kes Mazlan.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat PAS didakwa mengikut Seksyen 441 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih enam bulan dan didenda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Selasa lalu, difahamkan Mazlan membuat lawatan ke Felda Lembah Klau untuk menziarahi tiga peneroka yang ditahan polis sebelum ini atas dakwaan menceroboh kawasan Empangan Krau serta mengadakan dialog dengan generasi kedua di Felda berkenaan.

Beliau ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub petang itu ketika membuat laporan polis berikutan tindakan pengurusan Felda bekenaan yang cuba menahannya.

1 comment:

zul_neem said...

assalamualaikum

Felda yang mempunyai tenaga peneroka puluhan ribu,tanah perladangan ratusan ribu hektar dan harta tetap dan berubah bernilai ratusan jutaan tetapi apabila berhadapan dengan seorang wira dan perjuang sejati dari Pas yang bernama Mazlan Alimin terkulai dek suara keramatnya mewakili ANAK.Penangkapan oleh pihak berkuasa(Polis)semacam suara ANAK dianak tirikan oleh FElDA sedangkan mereka inilah bermandi peluh dan mengsekang mata demi keuntungan dan kemantapan FELDA.Sepatutnya suara ANAK ini didengar dan dibawa perbincangan oleh pihak pengurusan Felda(Lembah Klau) atas semangat kerjasama dan berbaik sangka bukannya mematikan isu dengan penangkapan yang dilakukan.Belajarlah dari semangat Allahyarham Tun Razak untuk menolong rakyat miskin dan membebaskan mereka dari kongkogan ini.Jangan berlaku seperti Sistem Culture yang dibawa oleh penjajah Belanda diSumetera(Indonesia)ketika menggunakan tenaga manusia disana untuk mengaut keuntungan disektor perladangan diabad 17-18.

Sejarah sistem culture ini telah mengakibatkan kebangkitan rakyat Indonesia yang tertindas dan menjadi asset pernentangan yang hebat sehingga membawa penerusan perjuangan tokoh-tokoh dan ulamak-ulamak tempatan yang akhirnya mengakibatkan Belanda lari tanpa pandang belakang.Harap maklum kami bersama mereka yang tertindas lagi dizalimi.