Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, March 22, 2010

PADA SAAT INI KELEBIHAN PADA MENTERI/BEKAS MENTERI BUKAN SIMATI

Mahkamah Tolak Saman RM1.5 Juta Terhadap Bekas Menteri
KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman sivil RM1.5 juta yang difailkan bapa seorang penjual ikan terhadap bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri Datuk Conrad Mojuntin.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Abdul Rahman Sebli berkata setelah meneliti keterangan dan hujah-hujah daripada kedua-dua pihak, beliau mendapati bahawa plaintif David Chang Tai Kim, gagal membuktikan bahawa defendan cuai apabila melepaskan tembakan yang menyebabkan kematian anaknya Anthony Chang Kim Fook.
Keterangan itu jelas membuktikan bahawa defendan menggunakan haknya sebagai pembelaan persendirian apabila melepaskan tembakan yang menyebabkan kematian itu.

Soal kecuaian tidak timbul apabila seseorang itu mempertahankan nyawa sendiri atau nyawa yang lain ketika dalam ancaman yang sama.
"Dalam keadaan ini, tuntutan plaintif ditolak dengan kos, untuk dibayar kecuali dipersetujui," katanya ketika memberikan hujah dalam membuat keputusan itu
Chang dalam tuntutannya mendakwa bahawa Mojuntin, 62, adalah liabiliti jenayah yang mengakibatkan anaknya terkorban kerana beliau mengaku menembak anaknya itu dengan senapang patah semasa inkues dilakukan untuk mengetahui punca kematian tersebut empat tahun lepas.
Penjual ikan itu, 20 tahun ditembak mati pada 23 Oktober, 2005 antara pukul 4.20 pagi dan 4.45 pagi di hadapan perpustakaan Penampang di Donggongon dekat sini.
Ram Singh dan Loretto Padua Jr yang mewakili Chang, berkata plaintif akan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut. - BERNAMA

1 comment:

Arif Omar said...

JANGAN JADI KAKAKTUA. ASYIK AJUK TUANNYA BERCAKAP. TAK TAHU UNDANG-UNDANG BELAJAR. BUKA KANUN KESEKSAAN SEKSYEN 99 DAN SEKSYEN 100 MENGENAI HAK MEMPERTAHANKAN DIRI DAN HARTA. saya tegus ini bukan apa. nanti digelak dik orang tulisan kita. main hentam keromo aje.

APALAH.