Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, March 3, 2010

NIKMAT TAMBAH BERKAT DI BAWAH PAKATAN RAKYAT

Kerajaan Selangor Menyediakan Pinjaman/Biasiswa
Shah Alam, 16 Rabiul Awwal = 02 Mac (Selasa):

Ramai tidak tahu bahawa Kerajaan Negeri Selangor menyediakan Pinjaman Pelajaran/Biasiswa kepada rakyat Negeri Selangor yang dapat menyambungkan pengajian ke universiti IPTA/IPTS - (IPTS yang diiktiraf) pada peringkat ijazah dan juga pada peringkat diploma. Pinjaman ini dikendalikan oleh Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (LTKWBNS) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Tan Seri Dato` Seri Abdul Khalid bin Ibrahim Menteri Besar Selangor. Tabung ini berbeza dan berlainan dari pinjaman di bawah Yayasan Selangor. Pinjaman yang diberi oleh LTKWBNS tanpa faedah dan boleh ditukar kepada biasiswa jika pelajar mencapai kelulusan cemerlang.

Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan grant bagi Tabung ini sejumlah RM82 juta. Sejak skim ini dilancarkan mulai 1988 seramai 12,000 pelajar telah berjaya menerimanya. Setakat ini setiap tahun kerajaan memberi pinjaman/Biasiswa sejumlah RM5.5 juta kepada sejumlah satu ribu orang setahun dan dijangka jumlah pemohon dan kelulusan akan bertambah. Dengan jumlah sebanyak RM5.5 juta dikeluarkan setahun hitung panjang seorang menerima dalam lingkungan RM6,500 setahun. Walau bagaimana jumlah adalah bergantung kepada kursus pengajian yang dipilih. Kursus yang lebih mahal contohnya perubatan jumlahnya adalah lebih tinggi.

Setakat ini pinjaman boleh ubah kepada biasiswa ini telah dinikmati oleh graduan-graduan cemerlang (tak perlu bayar balik) seramai 94 orang yang melibatkan pelupusan pinjaman sejumlah RM619,699.00. Kelayakan yang membolehkan graduan menerima pelupusan atau potongan adalah sebagaimana berikut:

1. Pelupusan - pencapaian antara 3.75 - 4 CGPA = 100% potongan
2. Sebahagian pencapaian antara 3.5 - 3.74 CPGA = 50% potongan
3. Sebahagian pencapaian antara 3.0 - 3.49 CGPA = 25% potongan

Mereka yang berkelayakan boleh mendapat borang permohonan dari Bahagian Sumber Manusia di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Sekian.

1 comment:

zul_neem said...

assalamulaikum

Tahniah dan bravo untuk Pakatan Rakyat atas usaha yang dijalankan demi melihat rakyat Selangor celik ilmu dan meringankan beban individu atau ibu bapa.