Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, March 29, 2010

KUNUNNYA BN MENANG ASAL BUKAN KUDA TUA !



HULU SELANGOR : ASAL BUKAN KUDA TUA, BN AKAN MENANG
Mungkin akan ada dikalangan rakan-rakan saya yang tidak setuju dengan apa yang saya perkatakan dalam artikel ini. Mungkin ianya juga tidak menyenangkan sesetengah ahli-ahli Umno.

Tetapi saya terpaksa berkata benar walaupun pahit. Prinsip itulah yang dipegang oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin hingga Pak Lah terpaksa letak jawatan lebih awal.

Perbezaan pendapat antara kita tidak menjadi masalah, malah ianya lebih bagus untuk mencambah pemikiran. Yang penting matlamat dan hala tuju kita sama, iaitu BN menang di Hulu Selangor.

Berbalik kepada isu calon Hulu Selangor yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Perkara ini senang saja. Formulanya mudah. Pegang saja kepada prinsip kekeluargaan BN. Semuanya boleh selesai.

Itu kerusi MIC, maka kita kenalah bagi peluang untuk MIC bertanding. Lainlah MIC dengan rela hati menyerahkan kepada Umno. Kita kena saling hormat menghormati antara satu sama lain dalam semangat BN yang sudah terjalin lebih 50 tahun.

Kita tidak perlu pertikaikan yang pengundi melayu lebih dari 50 % disana. Kalau nak dikira begitu tiada satu tempat pun daripada 222 kerusi parlimen dan lebih 400 kerusi Dun dalam negara kita yang majoritinya pengundi india. Kita beri atas konsep kongsi kuasa BN.

Kita Umno, sebagai abang sulong dalam BN haruslah menunjuk contoh yang baik kepada adik-adik yang lain di dalam BN. Biarlah ianya selaras dengan kehendak Pengerusi BN yang juga PM iaitu konsep 1 Malaysia.
Jangan pula hasrat Datuk Seri Najib memperkasakan 1 Malaysia menjadi tong kosong. Puas sudah beliau keliling negara sampai naik lenguh mulut bercakap pasal 1 Malaysia, tetapi kita dibawah tidak menyahutnya.

Bukan niat saya hendak menolak Umno dari bertanding di sana. Kalau ikutkan hati saya , saya mahu semua calon Umno yang bertanding di seluruh kerusi parlimen dan Dun dalam negara kita.

Tapi kita kena ingat, kita tak mampu menang tanpa sokongan MCA,MIC dan yang lain-lain. Kawasan melayu yang 70 % keatas mungkin bolehlah. Kawasan campuran hancurlah.

Sebagai contoh, akibat MIC,MCA dan Gerakan banyak mengalami kekalahan teruk di Perak dalam PRU yang lepas , maka kita hilang kerajaan yang ditunjangi Umno di Perak. Calon Umno hampir semua menang . Tapi apa maknanya Umno menang, tetapi tidak boleh membentuk kerajaan dan kehilangan jawatan MB. Kita hanya kekurangan tiga kerusi sahaja di Perak. Begitu juga di Parlimen, akibat rakan-rakan kita kalah banyak, maka kita hilang majoriti 2/3 di dewan rakyat.

Sebab itu kita jangan pandang ringan kepada rakan-rakan kita. Sedikit sebanyak mereka menyumbang kepada kita. Kita saling memerlukan antara satu sama lain.

Inilah masanya untuk kita menolong mereka memperbaiki balik parti mereka yang rosak imejnya dalam PRU yang lepas. Itu sebahagian dari tanggungjawab kita dalam BN. Kita harus ingat dalam perut yang dikandung BN itu bukan Umno sahaja yang ada. Tiga belas parti komponen yang ada. Cubit paha kiri, paha kanan terasa.

Jika kita tidak sama-sama membantu memulihkan mereka, maka kita terimalah akibatnya dalam PRU yang akan datang. Yang membuatkan BN kalah teruk dalam PRU lepas bukannya Umno. Umno masih lagi kuat. Yang membuat kita kalah adalah parti-parti rakan kita. Jangan sampai mereka terasa hati dan mereka keluar dari BN. Kita yang akan menerima padahnya kelak.

Kita patut bersyukur dengan semangat setiakawan rakan-rakan kita dalam BN yang tidak belot kepada kita dalam peristiwa 16 September 2008. Andai ditakdirkan pada masa itu mereka belot, maka hancurlah kita. Sebab itu kita kena hormat-menghormati satu sama lain dan jangan melakukan perkara yang mengguris hati kawan. Begitu juga dengan kawan kita , jangan mengguris hati kita.

Berhubung dengan calon Hulu Selangor,ada rakan-rakan yang berkata Datuk Zainal Sakom wajar dicalonkan. Ya benar , saya setuju. Datuk Zainal mampu memberi kemenangan kepada BN , tetapi kita boleh calonkan dia jika MIC setuju memberi laluan dengan kepada Umno dengan rela hati.

Tetapi kalau dia tidak beri kita tidak boleh ambil, itu hak dia. Begitu juga dengan kerusi Umno, MIC dan MCA tidak boleh ambil, jika kita tidak beri, itu hak kita. Disinilah penting semangat muafakat dan musyawarah dalam BN. Jangan sampai musuh kita mengambil kesempatan dengan mengatakan Umno menindas rakannya dalam BN.

Andai ditakdirkan MIC bertanding disana, saya rasa tidak perlu untuk MIC mempertaruhkan semula kuda tua mereka yang pernah rebah disana akibat berlaga ibu jari semasa hampir tiba ke garisan penamat sebagai juara. Jarang orang boleh rebah akibat berlaga ibu jari, biasanya berlaga lutut atau buku lali. 198 undi itu,maksud berlaga ibu jarilah.
Kuda Tua MIC

MIC perlu meletak calon baru yang segar,bersih dan muda. Orang Hulu Selangor sudah tolak kuda tua (G.Palanivel). MIC tidak pernah ketandusan bakat baru. Sejarah MIC mempertaruhkan bakat baru dalam p/raya kecil biasanya membawa untung. Lihat sahaja S.Sothinathan dalam p/raya kecil Teluk Kemang 1999 dan Cikgu Parthiban di Ijok 2007.
Kamal

Antara bakat baru yang boleh diketengahkan ialah bekas Ketua Putera MIC yang memegang jawatan Ketua Penerangan MIC sekarang iaitu P.Kamalnathan atau lebih dikenali dengan nama timang-timangannya Kamal.

Beliau tidak pernah bertanding dan orang muda yang tiada isu dan tinggal di kawasan yang berhampiran dengan Hulu Selangor. Jika tidak beliau pun, mungkin ada nama-nama lain yang boleh diketengahkan oleh MIC. Asalkan bukan kuda tua.

Kita sudah boleh baca mengapa kuda tua mengidam untuk bertanding disana. Kerana beliau sebagai Timbalan Presiden MIC sudah tentu akan dilantik sebagai menteri sekiranya menang. Ini bermakna Dr.S Subramaniam akan diketepikan dari kabinet. Berlaku pula perpecahan dalam MIC antara kem kuda tua dan kem Dr.Subra. Sudah jelas matlamat kuda tua bukan untuk jadi wakil rakyat, tetapi untuk jadi menteri.

Beliau menang dalam pemilihan MIC, buka bererti beliau akan menang dalam p/raya kecil ini. Kalau dia kuat dia tidak akan kalah dengan 198 undi, disaat tiga Dun BN menang tujuh ribu lebih undi.

Sifir saya senang,TIDAK KIRA UMNO ATAU MIC , ASAL BUKAN KUDA TUA (G.Palanivel) , BN akan menang mudah di Hulu Selangor.

Kerusi Parlimen dan Dun Hulu Selangor akan menggambarkan semangat 1 Malaysia yang sebenar. Parlimen India, Dun dua Melayu dan satu Cina.

No comments: