Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, March 18, 2010

KEBIJAKSANAAN SULTAN SELANGOR TERSERLAH ! DAULAT TUANKU !DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!

SHAH ALAM, 18 MAC - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memutuskan untuk tidak berangkat merasmikan mesyuarat agung pertama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang dijadualkan pada 27 Mac ini.

Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Banir berkata pembatalan itu bagi mengelakkan salah tanggapan dan manipulasi pihak-pihak tertentu terutamanya dalam keadaan politik sekarang.

Sebelum ini baginda berkenan berangkat dan menyampaikan titah perasmian mesyuarat tersebut.

Baginda bercadang untuk menasihatkan Perkasa agar tidak terlalu ekstrem dan tidak terlalu perkauman dan harus berusaha mencapai objektif menerusi saluran dan undang-undang sedia ada, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Namun kata Mohamad Munir, selepas mengambil kira nasihat beberapa Anggota Dewan Diraja Selangor, Sultan Sharafuddin membatalkan hasrat kerana berpandangan walaupun Perkasa sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tetapi ianya diterajui seorang ahli politik.

"Baginda khuatir keberangkatan baginda akan disalahtafsir oleh pihak-pihak tertentu sebagai memihak kepada ahli politik berkenaan," katanya.
Mohamad Munir berkata baginda turut berharap pihak yang terlibat tidak menyalahkan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali kerana beliau tidak berniat untuk menggunakan nama Sultan Selangor semasa menghantar jemputan ke mesyuarat tersebut.

Surat mengenai pembatalan hasrat baginda bertarikh 12 Mac lepas itu telah dihantar ke pejabat Perkasa dan menjelaskan sendiri maksud pembatalan keberangkatan Baginda itu, katanya.

Bagaimanapun kata beliau, Sultan Sharafuddin tetap berharap mesyuarat agung pertama Perkasa itu dapat berjalan lancar dan pertubuhan itu akan menjadi sebuah NGO Bumiputera yang beintegriti.-Bernama

No comments: