Asal nama Baling , Kedah .
Daerah Baling, di pendalaman negeri Kedah, terdiri daripada enam mukim iaitu Mukim Tawar, Mukim Pulai , Mukim Kupang, Mukim Teloi Kanan, Mukim Bongor dan Mukim Siung. Kebanyakan penduduk daerah ini bersawah padi dan menorah getah. Bandar ibu daerah ini juga bernama Baling. Ada berbagai cerita tentang kemunculan nama baling :
1. termasuk yang dikaitkan dengan Raja Bersiung, raja keempat daripada keturunan Merong Maha Wangsa. Raja Bersiung gemar memakan sayur bayam dengan kuah darah manusia. Baginda melarikan diri setelah kegemarannya yang menjijikkan itu diketahui rakyat. Ketika Raja Bersiung lari daripada kepungan menteri dan rakyatnya, baginda terpaksa berhenti beberapa kali kerana menderita sakit gigi taring atau siungnya. Apabila kesakitannya itu tidak reda-reda, baginda mengambil keputusan untuk mencabut siungnya itu. Namun siung itu masih kejap dan tidak mudah dicabut. Sudah beberapa kali baginda menjerit kesakitan ketika cuba untuk mencabutnya. Apabila siungnya itu akhirnya berjaya dicabut baginda terus membalingnya jauh-jauh, tanda marah. Tempat siung itu jatuh dinamakan ‘Baling’.
2. Dalam cerita kedua, nama Baling dikaitkan dengan orang Siam (Thai) dan orang Burma (Nyanmar) yang datang ke daerah itu kira-kira dua ratus tahun dahulu. Mereka datang ke Baling kerana ingin memulakan penghidupan baru. Setelah merentasi pelbagai jenis rintangan mereka sampai ke Baling dan membuat keputusan untuk membuka kawasan hutan di situ. Mereka begotong-royong menebang hutan dan belukar untuk memulakan penempatan baru. Mereka bercucuk tanam, berniaga dan membawa sampan penambang untuk menyara hidup. Ada juga di kalangan mereka yang mencari kayu di hutan dengan menggunakan gajah. Sungai Ketil yang pada masa itu dalam dan luas, menjadi alat perhubungan utama penduduk tempatan. Sungai itu juga kaya dengan ikan. Sampan-sampan dari Kota Kuala Muda yang sarat dengan barang-barang dagang banyak yang berlabuh di tempat itu. Pangkalan di kawasan penempatan baru itu juga dijadikan tempat memunggah candu mentah yang dibawa dari Burma untuk dijual di Kota Kuala Muda.Bagi penduduk yang bertani, tanaman mereka sangat berhasil. Mereka gembira melihat sayur-sayuran dan buah-buahan yang begitu menjadi. Akan tetapi. Kegembiraan mereka tidak kekal lama. Buah-buahan mereka seperti langsat, rambutan dan durian diserang oleh beribu-ribu kera yang dikatakan datang dari hutan Gunung Baling. Binatang-binatang itu bebas memakan dan memusnahkan buah-buahan mereka. Setelah habis musim buah-buahan, binatang-binatang itu balik ke hutan Gunung Baling. Oleh sebab kaum pendatang itu tidak pernah melihat kera yang begitu banyak mereka menamakan kampung mereka Ban-Lin yang bererti ‘kera’. Lama-kelamaan perkataan Ban-Lin bertukar menjadi ‘Baling’.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
assalamualaikum
Ada lagi peristiwa yang berlaku dan mendapat perhatian rakyat dalam era 70 an dan 80an iaitu kebangkitan pelajar dan mahasiswa mengenai isu-isu kemiskinan penduduk Baling dan penangkapan Anuar Ibrahim yang pertama dibawah undang-undang ISA.Dan satu lagi ialah peristiwa Memali yang berhampiran dengannya.Dua kes ini melibatkan rakyat bangkit terutama golongan pelajar mengkritik dasar-dasar kerajaan dibawah pimnpinan Chek dek(Mahathir) atas isu-isu tak keadilan dan kemiskinan.Trend kembali pada Islam dan penghayatan nya telah mewarnai dua kebangkitan ini serta memberi kesan kepada suasana ketenteraman politik semasa kerajaan(BN).Hasil kebangkitan ini juga telah menjadi bahan catatan sejarah rakyat di Malaysia secara berdepan dengan kerajaan(BN) dengan keupayaan minima yang ada.PRU 13 akan datang mungkin ada pihak yang kena baling oleh rakyat yang memiliki batu pangkah.Siapa dia,sama-samalah kita tengok keputusannya.
Post a Comment