Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, March 3, 2010

INILAH DIKATAKAN LALANG MANGKUK DI BAGAN SERAI, UMUR DAH 65 TAHUN BILA LAGI NAK SENANG ?

Komen Teman : berapa dapat ? Kalau YB Yit Fong (DUN) dapat RM2.5 juta , YB Tee (Ahli Parlimen) dapat RM2 juta jer .Bila lagi nak senang dalam keadaan ekonomi Malaysia yang tidak menentu bila PTPTN tiada wang, bajet sekolah pun teruk ,gaji polis pun gamaknya begitu juga dan PM masih terus berjuara dan menjanjikan jutaan RM pada rakyat.

Ahli Parlimen PKR yang ketiga, dari Bagan Serai, Mohsin Fadzil Samsuri pula keluar parti itu hari ini dan mahu bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Beliau mengetengahkan masalah dalaman Pakatan Rakyat khususnya isu berkaitan dengan kalimah “Allah” sebagai sebab keluar parti.

“Atas nama Allah, saya ingin mengumumkan mahu keluar dari PKR,” kata Mohsin, wakil rakyat PKR Perak, pada sidang media bersama bekas setiausaha agungnya Datuk Salehuddin Hashim di sini hari ini.


Ahli parliman Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri hari ini mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Mohsin , merupakan ahli parlimen ketiga dari PKR yang bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Mereka ialah Datuk Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal).

Mohsin mengumumkan keputusannya keluar parti itu dalam sidang akhbar yang sekali lagi turut dihadiri oleh bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim di Ampang hari ini.

Salehuddin juga turut hadir di sidang akhbar Zahrain dan Tan ketika mereka mengumumkan keluar dari PKR.

Berikutan ini, jumlah ahli parlimen PKR kini tinggal 27 orang.

Turut keluar PKR ialah bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.

Kelmarin, Salehuddin meramalkan, lebih 10 lagi wakil rakyat PKR akan keluar parti itu.

Bercakap dalam sidang akhbar tersebut, Mohsin berkata beliau tidak bersetuju dengan pendirian parti itu berhubung isu Allah.

Menurutnya, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran parti tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.

Salehudin pula berkata, PKR tidak seharusnya membuat sebarang pendirian ketika ahli-ahlinya masih bercelaru mengenai isu tersebut.

Beliau mendakwa, keputusan dibuat oleh satu dua orang tanpa dibahaskan.

Keadaan itu, tambahnya, telah menimbulkan kegelisahan di kalangan pemimpin di peringkat akar umbi.

6 comments:

Masshah said...

biarkan mereka keluar..proses pembersihan parti dari golongan yang lemah dlm perjuangan menegakkan yang hak.
manusia merancang tuhan juga dgn perancangannya.

Anonymous said...

Salam. Tuan-puan pembaca sekalian.
Saya mohon kita fikir sejenak, perkara melompat ini pasti ada sebabnya. Klu zahrain dan tee beng yg mmg bermasalah tu keluar, mmg tak menghairankan tp bila hj. mohsin yg mmg bkn 'mata duitan' keluar, menyebabkan saya terfikir, apakah mmg ada masalah yg besar dalam pr, khususnya PKR? Wallahualam. namun, jika ada pejuang yang berada di dalam membaca tulisan ini, saya mohon agar anda lakukanlah sesuatu, jgnlah hanya berkata 'takpe, lagi ramai yang busuk keluar, lagi bagus' sedangkan masalah terus berjalan tanpa dihiraukan. Pastinya ada byk pengajaran yang blh kita lihat melalui peristiwa ini, dan moga kita mempeljarinya.

alai bagan sarai said...

Bila perjuangan tidak bersendikan iman dan taqwa itulah jadinya. Tiada istiqamah. Tiada keyakinan terhadap diri sendiri, mudah bertelut kepada bujukan hanya kerana sekepal nasi.

Samdol said...

Kita tunggu Kulim Bandar Baharu pulak laa.......Tapi yang ni sekoq pandai main wayang. Dia atuq orang lompat dia yang last lompat..Biaq lagi banyak masyuuuuuk.....

PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 said...

Walau alasan seberat kapal sekalipun, keluar dari Pakatan atau Barisan rakyat tak terima kecuali tanya pengundi atau PRK semula.Sebab, anda menang bukan sebab Lim pilih atau Anwar pilih tapi rakyat yg undi .Anwar pilih sbg calon saja tapi yg menangkan pengundi

pak long said...

salam...
pak long rasa kecewa pangkah wakil yang tak bermaruah macam ni....aduh rasa ralat la ...ni la wakil kawasan pak long....