27 Rakyat Malaysia - Individu Paling Dikehendaki Interpol,FBI
Sakudunia tidak begitu terkejut membaca berita terkini berkaitan perilaku jenayah rakyat negara ini yang mendapat jolokan Individu Paling Dikehendaki Interpol. Kenapa & Mengapa? Semuanya kerana memikirkan saku dunia yang tak mungkin akan penuh. Semuanya berkaitan dengan wang, harta dan kepuasan dunia. Kekadang manusia salah dalam membuat percaturan, dengan salah yang kecil mereka terlanjur sampai melakukan salah yang tidak terduga besarnya. Dari jenayah komersil tempatan sampaikan ke peringkat antarabangsa. Dari bersendirian kepada sindiket terancang. Semuanya kera percaturan hidup, betul, tepat, ataupun salah. Bagi Sakudunia, tidak salah mengejar kekayaan dunia, namun masih banyak jalan yang telus, bersih dan halal dari sisi agama dan moral.
Bukan seronok pun menjadi penjenayah dikehendaki. Di dunia dikejar manusia, di akhirat nanti, pasti tak dapat lari dari pengadilan Tuhan. Jadi hiduplah dengan berhemah, ikhlas, dan amanah. Jadilah manusia yang berguna, yang memberi manfaat kepada orang lain, bukan memudaratkan. Semoga kita semua, Sakudunia, pembaca-pembaca, dan seluruh umat manusia, dapat membina dan memartabatkan kembali peradaban hidup yang suci dan berteraskan syariat....
Petikan Akhbar
Suspek dipercayai terbabit kes jenayah komersial
KUALA LUMPUR: Dua ahli perniagaan Malaysia, Mukhtar Kechik, 53, dan Fahimi Fisal, 33, sebahagian daripada 27 rakyat negara ini yang diburu Polis Antarabangsa (Interpol) atas pelbagai kesalahan jenayah di seluruh dunia.
Memetik laman web rasmi Interpol, mereka amat dikehendaki Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) berhubung kes penipuan skim pelaburan di Seattle, Washington membabitkan kerugian lebih RM200 juta, malah waran tangkap sudah dikeluarkan ke atas mereka. Difahamkan, kedua-dua lelaki itu menghilangkan diri sejak setahun lalu selepas rakan mereka yang mengendalikan pelaburan berkenaan, Robert Miracle, 49, seorang warga AS ditahan untuk membantu siasatan.
Di AS, tiga lagi warga Malaysia sedang diburu iaitu Baptist Nicholas, 34, Ng Khien Sin, 29, dan James Wan Shing, 36, kerana terbabit dalam jenayah siber, selain kegiatan penipuan dan pemalsuan di Hammond, Indiana serta Ohio.
Malah, Baptist dan Sin juga amat dikehendaki di Singapura atas kesalahan sama, manakala Wong Jit Kiang, 54, dan Wong Tim Kai, 67, sedang diburu Polis Brunei, dengan kebanyakan kes membabitkan jenayah komersial.
Turut disenaraikan dalam Individu Paling Dikehendaki Interpol ialah Michael Soosai, 44, penjenayah licik yang memalsukan sijil kematiannya sebelum ini, selain menggunakan identiti palsu semata-mata mahu melarikan diri dari pihak berkuasa. Soosai amat dikehendaki di negara ini bagi membantu siasatan 16 kes penipuan cek bernilai RM1 juta pada 2001, namun Polis Diraja Malaysia (PDRM) menutup kes itu dua tahun kemudian selepas suspek dikatakan meninggal dunia akibat komplikasi jantung.
Bagaimanapun, helahnya terbongkar selepas Polis India meminta bantuan menjejaki suspek berhubung siasatan kes pembunuhan seorang warganya, Subra-maniam Nookaiah, 47, di Chennai, Tamil Nadu pada 12 Disember 2004.
Difahamkan, Interpol juga sedang memburu Nyo Ah Hai, 44, seorang anggota sindiket curi kereta mewah di negara ini, yang dipercayai ada jaringan antarabangsa, dengan keuntungan diraihnya hasil kegiatan haram itu mencecah jutaan ringgit.
Diong Chee Meng, 24 dan Cheong Mun Yau, 27, pula diburu atas cubaan menyeludup lebih 500,000 pil ecstasy bernilai lebih RM16 juta mengikut pasaran semasa ke Indonesia awal tahun lalu.
Sementara itu, sumber memberitahu Berita Harian, berbanding tahun lalu, jumlah rakyat Malaysia yang disenaraikan sebagai Individu Paling Dikehendaki Interpol menunjukkan peningkatan hampir dua kali ganda.
“Daripada pemantauan yang dibuat, kebanyakannya terbabit dalam jenayah komersial seperti pemalsuan dokumen, kad kredit dan mata wang, selain penipuan pelaburan serta skim cepat kaya. Ini mungkin disebabkan perubahan trend jenayah sejajar perkembangan semasa,” katanya. sakudunia
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment