Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, March 19, 2010

IDEA BODOH SEORANG MENTERI DI KALA RAKYAT SUSAH !


Memang idea bodoh tapi ada yang pandai buat untung melalui balacinya yang membekal mentol lampu tersebut.Memanglah kalau dikira jumlah guna satu Malaysia berjuta ringgit, masalahnya individu kena beli sendiri,bagaimana pendapatannya pula.

Penggunaan lampu pijar akan dihentikan mulai tahun depan dalam usaha kerajaan menjimatkan penggunaan tenaga di samping mengurangkan penghasilan bahan karbon.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, dengan pelaksanaan dasar tersebut, penggunaan tenaga elektrik negara dapat dijimatkan sebanyak RM336 juta setahun dan pengurangan penghasilan karbon sebanyak 40 peratus menjelang 2020.

Penggantian lampu tersebut akan dilakukan secara berperingkat-peringkat selama tempoh tiga tahun yang bermakna semua jenis lampu pijar yang mengeluarkan cahaya kekuningan tersebut tidak akan dijual mulai 2014.

"Pengguna digalakkan menggunakan lampu yang lebih cekap tenaga seperti lampu kalimantang kompak, lampu kalimantang silinder dan lampu dioda," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Peter Chin berkata, pelaksanaan dasar tersebut akan dilakukan dalam dua fasa iaitu pertama, menghentikan secara berperingkat-peringkat pengeluaran, pengimportan dan penjualan lampu pijar dengan spesifikasi kuasa 100 watt dan ke atas dalam tempoh satu tahun mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2011. - Kosmo

* Ada yang hendak kaut untung la tu. Rakyat juga yang kena keluar duit lebih beli lampu baru. Pasti ada yang tidak kena kerana Amerika negara yang maju, sehingga sekarang menggunakan mentol jenis ini kerana ia murah dan sesuai untuk ruang yang kecil.

3 comments:

Anonymous said...

bodoh2.... dia nak belikan mentol untuk rakyat ke??

pendarflour - -+rm20
Led lebih kurang pendarflour
kalimantang pendek pun dah -+rm8

Anak Orang Asli said...

Kamik Orang Asli di Kampung Ulu Seperi pun dah lama guna lampu kalimantang, tak guna lampu pijar. Tak perlu kempen, tak perlu hentikan jualan. Lampu pijar ni panas, cepat terbakar dan menggunakan tenaga letrik yang banyak. Untuk jangka penjang penggunaan lampu pijar ni merugikan. Jadi tak payahlah nak heboh-heboh cari publisiti. Kamik sebagai pengguna tau mana yang lebih baik untuk wang ringgit kamik.

Anonymous said...

Teman pun tak guna lagi lampu pijar,cuma ada lagi org yang guna yg susah dia kira murah nak beli . Mereka tak peduli kuat guna letrik atau tidak.

Beginilah, macam makan nasi, kan kos banyak, pasal nak masak nasi, masak lauk ,masak sayur kan elok Kerajaan suruh makan burger atau sandwich saja ok tak?