Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, March 7, 2010

DENGAN RAKYAT ZAHRIN JANGAN MAIN





Saya pengundi di Parlimen Bayan Baru sangat marah dan kecewa atas tindakan YB Dato Seri Zahrain Bin Mohd Hashim pada 12 Februari 2010 di mana YB telah mengistiharkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat. Perbuatan ini telah mengkhianati sokongan kami kepada Pakatan Rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat.

Sebagai pengundi, saya menyesal mengundi YB Dato' Seri Zahrain Bin Mohd Hashim dalam pilihan raya umum yang lalu. Ini kerana kami, pengundi Bayan Baru mengundi Parti Keadilan Rakyat dan bukannya mengundi YB Dato' Seri Zahrain Bin Mohd Hashim sebagai Calon Bebas.

Maka dengan ini saya Pengundi Bayan Baru menuntut dengan segera agar YB Dato Seri Zahrain Bin Mohd Hashim memohon maaf secara terbuka kepada seluruh pengundi Bayan Baru yang telah memberi undi kepada YB atas tiket Parti Keadilan Rakyat. Tindakan keluar Parti adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap amanah yang saya dan pengundi yang lain berikan. Tindakan ini kami hanya untuk kepentingan YB sendiri sahaja.

Oleh yang demikian saya dan Pengundi Bayan Baru dengan tegas menuntut supaya YB Dato Seri Zahrain Bin Mohd Hashim meletak jawatan serta merta sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru dan mengembalikan mandat kepada Pengundi Bayan Baru.

HIDUP RAKYAT

Tandatangan.

No comments: