Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan dibentangkan bagi bacaan ke 2
Parti Sosialis Malaysia berpendapat keengganan pemerintah membentangkan usul Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) pada sesi Parlimen Mac-April depan ada kaitan dengan bantahan keras masyarakat.
Setiausaha Agung S Arutchelvan berkata kerajaan Pusat cuba membeli masa dan menangguh-nangguhkan perlaksanaan GST ini dengan harapan kemarahan rakyat akan reda.
Awal hari ini, Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dilaporkan berkata usul GST tidak akan dibentangkan bagi memberi lebih banyak masa untuk mendapatkan pandangan dari masyarakat.
PSM, Pakatan Rakyat dan badan-badan bukan kerajaan kini mengemblengkan bantahan terhadap perlaksanaan pakej cukai ini.
Satu perhimpunan membantah pakej ini akan diadakan di perkarangan Parlimen, 15 Mac depan.
"Saya yakin mereka akan tetap mahu melaksanakan GST ini, tetapi disebabkan ia tidak popular pada masa sekarang, mereka cuba membeli masa," tegas Arutchelvan.
"Persoalannya ialah mengapa kerajaan mahu memberi penjelasan kepada rakyat jelata hanya selepas bacaan kedua usul ini? Kegopohan meluluskan GST ini jelas menunjukkan pemerintah tidak serius mendapatkan maklum-balas," tambah beliau.
Setiausaha Agung Parti Sosiasis Malaysia, S. Arutchelvan berkata, pihak pakatan rakyat akan meneruskan protes yang dirancangkan di Parlimen Isnin ini.
"Kami akan tetap meneruskan bantahan, lagipun BN sendiri mengatakan mereka mahu mengumpul pendapat umum. Pada Isnin ini, kami akan bantu kerajaan melihat betapa GST ini tidak patut diteruskan," katanya. - tvselangor.com
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
No comments:
Post a Comment