Yang DiPertua PAS Kawasan Kulim/Bandar Baharu, Ustaz Hassan Razak menyifatkan Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebagai seorang pembohong dan tidak mempunyai hasrat untuk mendampingi rakyat.
"Bila saya baca dalam blognya, saya dapati dia banyak berbohong. Boleh saya sifatkan kalau 10 perkara yang dia cakap, 30 yang saya tidak percaya,” tempelaknya.
Ujar beliau, Zulkifli dalam blognya mengaku melawat ke tempat-tempat tertentu dalam kawasan parlimen itu tetapi sebenarnya beliau tidak berbuat demikian.
Malah, ahli parlimen itu katanya, tidak pernah menjawab panggilan telefon setiap kali dihubungi.
Beliau juga mendedahkan sikap dolak dalih Zulkifli yang sering menunjukkan sikap tidak berminat untuk mendampingi rakyat mahupun menjelaskan perjuangan Pakatan Rakyat kepada masyarakat.
Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Zulkifli Noordin digesa mengosongkan segera kerusi itu dan mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih semula wakil rakyat yang akan berkhidmat untuk mereka.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan himpunan aman bersama-sama 150 pendokong PAS dan KeADILan dalam kawasan parlimen tersebut di Pejabat PAS Kawasan Kulim/Bandar Baharu, Serdang, di sini 20 Mac lalu.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment