Teman dan rakan seperjuangan bersyukur kepada Allah atas nikmat perubahan dari konsep merakyatkan ekonomi Selangor.Menteri Besar Tan Sri Khalid memang telah berusaha bersungguh menyelamatkan Negeri Selangor yang hampir menambahkan penganggur oleh Kerajaan BN/UMNO yang lalu.
Selama 2 tahun memerintah Pakatan Rakyat telah dapat menunjukkan prestasi yang amat membanggakan walaupun masih kekangan orang BN dalam PBT yang ada mahu menurut kata demi rakyat dan ada yang jadi musuh dalam selimut yang cuba menggagalkan usaha pimpinan Pakatan Rakyat untuk memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat.Kekangan itu seperti jawatan YDP(yang Dipertua Majlis) yang masih tidak dapat ditukar dengan ahli Pakatan Rakyat agar banyak projek lebih lancar bila dilaksanakan.Kekanga setiausaha Negeri juga adalah dari orang BN/UMNO yang masih kita harap mereka ini akan nampak kebenaran bukan kesenangan yang dihambur oleh Kerajaan BN Pusat.
Kerajaan Selangor akan menggunakan hasil kutipan hutang dari Talam Corporation bagi membangunkan program Pimpinan Mikrokredit bagi membantu rakyat miskin dan berpendapatan rendah di Selangor.
Kutipan hutang bernilai 50 juta ringgit itu akan dijadikan dana permulaan bagi memastikan semua masyarakat miskin di negeri ini dibela tanpa mengambil kira faktor kaum, agama mahupun kepartian.
Program itu akan dilancar dalam tempoh kira-kira dua bulan lagi.
Bercakap dalam majlis penyerahan watikah kepada ketua kampung di Selangor, Menteri Besar di Stadiyum Malawati, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim program itu akan dilaksanakan mengikut perbankan Islam.
Program mikrokredit itu berkonsepkan Qardhul Hassan iaitu sistem yang digunapakai oleh sebuah bank di Bangladesh, Gramen Bank yang telah Berjaya membantu golongan miskin di negara ini.
“Kita mengenal pasti lebih dari RM50 juta dikutip dari Talam Corporation dan kutipan itu akan disalur melalui MBI dan digunakan untuk program mikrokredit yang dilaksanakan mengikut perbankan Islam,” katanya.
Satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menentukan proses dan pendekatan program itu. Ia diketuai diketuai oleh Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Asas Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali.
Sebelum ini, kerajaan negeri yakin akan mengutip keseluruhan hutang Talam berjumlah RM392 juta sepanjang tahun ini dan kutipan ini akan digunakan untuk program-program selari dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment