Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, March 24, 2010

BILA TAK LAKU, KERAJAAN NEGERI BN KENA TOLONG BELI


Komen Teman : Dakyah UMNO/BN satu hal , tapi kenapa asyik guna duit atau wang atau harta rakyat untuk bantu Syarikat yang nak bangkrap atau barang nak jual tak laku?
Senangnya guna wang Kerasjaan Negeri beli suartkabar dan kununnya untuk kesejahteraan pelajar.Kalau syarikat lain mereka suruh sumbang atau derma.Untuk syarikat berkaitan UMNO semua boleh 'bail out' atau buat suntikan modal la duit la dan lain-lain.


SEREMBAN 13 Mac - Kerajaan Negeri Sembilan hari ini menaja akhbar Utusan Melayu Mingguan untuk diedarkan ke 152 sekolah di seluruh negeri ini bermula 22 Mac ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tajaan bernilai RM120,000 itu bagi membolehkan pelajar memahami tulisan jawi, selain mengembangkan minda mereka terhadap berita dan isu semasa.

Katanya, adalah diharap sekolah yang menerima akhbar Utusan Melayu Mingguan itu dapat menggunakan naskah tersebut sebagai satu lagi bahan pengajaran khususnya tulisan jawi agar ia kembali diperkasakan.

"Gunakanlah sebaik mungkin akhbar Utusan Melayu Mingguan yang disumbangkan ini dan jadikanlah ia sebagai alat pembelajaran yang berkesan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Serentak Sekolah Menengah dan Rendah Dewan Undangan Negeri Rantau di Sekolah Menengah Rendah Agama Rantau dekat sini.

Tajaan tersebut disampaikan oleh Mohamad kepada Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Othman Mohamad.

Melalui sumbangan tersebut, setiap sekolah yang tersenarai ini akan menerima 20 naskah akhbar Utusan Melayu Mingguan yang menjadi sisipan akhbar Utusan Malaysia pada setiap Isnin.

Tempoh tajaan berkenaan selama setahun dan ia akan mula diedarkan sebaik cuti persekolahan ini berakhir pada 22 Mac depan.

Akhbar Utusan Melayu Mingguan kini telah melalui proses pembaharuan bermula dari muka hadapannya termasuk corak dan pengisian yang dipaparkan kepada pembaca.

Ia lebih bercorak interaktif dan mempunyai pelbagai ruang baru, di mana menjurus kepada keperluan pembaca dan kehendak rakyat.

Dengan perubahan ini, Utusan Melayu Mingguan kini lebih 'remaja' dan memberi banyak input kepada pelbagai lapisan usia sejajar dengan hasratnya untuk mengembalikan minat kepada tulisan dan pemahaman jawi kepada generasi muda.

No comments: