KUALA LUMPUR, 27 Mac — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa PAS dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersubahat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mempertahankan Ketua Umum Pakatan Rakyat itu yang didedahkan cuba menggerakkan usaha mengambil alih kuasa pada 16 Sept 2008.
“Nik Aziz kata (Datuk Seri) Zahrain (Hashim) tak patut dedah perbuatan jahat, tak baik bersubahat.
“Kalau benda itu... kalau tidak ambil tindakan untuk halang tindakan mendedahkan kesalahan, itu semacam kita bersubahatlah,” kata beliau ketika ditemui pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan sulung Perkasa di sini hari ini.
Bekas presiden Umno itu berkata dengan meminta tidak menyiarkan maklumat berkaitan Nik Aziz dan PAS sebenarnya bersubahat dengan Anwar. Pada 19 Mac, Nik Aziz menyelar tindakan sesetengah pemimpin politik yang mendedahkan keburukan pemimpin lain atau ketuanya di khalayak umum apabila keluar parti.
Menurut Menteri Besar Kelantan itu, sepatutnya jika anggota parti yang tidak suka kepada pemimpinnya, ia boleh diselesaikan di peringkat dalaman mengikut prosedur dalam sesebuah pertubuhan sama ada melalui mesyuarat agung atau sebagainya.
“Mendedahkan keburukan bekas pemimpin kepada orang lain di khalayak umum perbuatan tidak berakhlak dan tidak bertamadun,” katanya mengulas tindakan Zahrain, Ahli Parlimen Bayan Baru yang mendedahkan kepincangan dalam Pakatan Rakyat, membabitkan Anwar apabila keluar dari parti itu dan menjadi wakil rakyat Bebas.
Zahrain mendedahkan nama lapan Ahli Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti ke PKR bagi menjayakan rancangan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan pusat pada 16 Sept 2008. Nik Aziz berkata, masyarakat bukan Islam akan memerhatikan bagaimana buruknya politik orang Melayu apabila bertelagah sesama sendiri.
Mengenai hukuman sebatan yang dikenakan ke atas bekas model sambilan Kartika Sari Dewi Sukarnor dan tiga orang wanita Islam yang didapati mengadakan hubungan seks secara haram, bekas perdana menteri memberitahu, “kita kena tahu sama ada adil atau tidak hukuman ini.”
“Sama ada hukuman ini berasaskan agama Islam yang terdapat dalam al-Quran, hadis atau tafsiran yang dibuat oleh ahli-ahli fiqah tertentu” kata beliau ketika menjawab bahawa hanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seorang sahaja memberikan pandangan ‘tidak memihak’ dalam pelaksanaan hukuman sebatan dalam kes Kartika.
“Saya baca al-Quran tapi tak lah pandai... tapi dalam al-Quran dan hadis tidak disebut,” kata Dr Mahathir sambil menambah, “jika hendak memukul orang, kena pukul dengan betul-betul.”
“Kalau tidak pukul betul-betul, tak jadi teladan,” katanya.
Dengan menunjukkan cara merotan, kata Dr Mahathir, al-Quran tidak menyebut “dia kena pergi macam itu, tak ada kepit buku (ketika merotan).”
“Ini semua saya baca lah, tak tahu siapa buat,” katanya lagi. (Sumber: The Malaysian Insider/AK)
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment