Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, March 10, 2010

BAHAGIANYA MASUK HOSPITAL BAHAGIA KERANA MILIKI BOM TANGAN & SENJATAPI ?

Anak bekas setiausaha sulit diperintah ke Hospital Bahagia
MALAS nak komen anak orang besarni termasuk
PETALING JAYA 10 Mac – Anak bekas setiausaha sulit kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang menghadapi tuduhan memiliki sebutir bom tangan, hari ini diperintahkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini agar ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak setelah laporan perubatan mendapati ketika kejadian tertuduh tidak waras.

Muhammad Ezra Rusli, 28, turut menghadapi dua lagi tuduhan mengugut bapanya, Datuk Rusli Abdul Malik, 62, menggunakan sepucuk pistol jenis Glock dan serta tuduhan mengugut mendatangkan kecederaan.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan tersebut di sebuah rumah beralamat C2-67 D’Shire Villa, Jalan Camar 4, Kota Damansara, antara jam 3.30 petang hingga 5 petang, 8 September tahun lalu.

Majistret Aishah Hijriah Arshad memutuskan Muhammad Ezra telah melakukan perbuatan seperti mana pertuduhan dan setelah mengambil kira laporan perubatan yang disediakan oleh hospital tersebut, mahkamah berpuas hati bahawa ketika kejadian tertuduh didapati tidak waras.

Aishah mengeluarkan satu perintah di bawah Seksyen 348(1) Kanun Keseksaan untuk menempatkan Muhammad Ezra di hospital tersebut mengikut perkenan Sultan Selangor. – Bernama

No comments: