Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Wednesday, March 3, 2010
ANTARA YANG WAJAR DIHUKUM
DR ASRI SARANKAN ORANG ISLAM YANG TERLIBAT DALAM PENGELUARAN / PENJUALAN ARAK WAJAR DIHUKUM BUKAN HANYA PADA PEMINUM SAHAJA
Anda lihat sendiri gambar di atas,bukan fakta rekaan, bukan fitnah buatan tetapi kenyataan yang pastinya akan dinafikan oleh zombie-zombie UMNGOK. Macam biasalah apapun perbuatan yang terang-terang haram dilakukan oleh pemimpin UMNGOK atau keluarga mereka boleh tutup sebelah mata. Zombie-zombie UMNGOK tetap melaungkan perjuangan Islam oleh UMNGOK adalah perjuangan Islam yang sebenar. Bak kata "Papagomo UMNO itu Islam dan PAS itu Melayu".
Mereka akan terus membuat spekulasi-spekulasi liar untuk mengaitkan pemimpin Pakatan Rakyat sebagai agen yahudi, anti-Islam dan sebagainya. Fakta-fakta yang CiLiK© bentangkan mereka kata fitnah, sengaja diada-adakan. Lantak kolah "mayat hidup" zombie-zombie UMNGOK!
Ayat 90 surah al Maidah:
Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala, tenung nasib adalah perkara kotor daripada perbuatan syaitan dan hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.
Setelah turunnya ayat ini, Rasulullah saw bersabda:
“ “
Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah mengharamkan arak, barangsiapa yang sampai kepadanya ayat ini, dan padanya masih terdapat arak, janganlah dia meminumnya, dan jangan menjualnya, berkata parawai hadis ini (Abu Said) maka orang ramai pun mengeluarkan mana-mana arak yang ada pada mereka lalu menuangkannya di jalan-jalan Madinah”.
2.Hadis riwayat Iman Ahmad daripada Abi Umar, Sabda Rasulullah saw “ “
Maksudnya:
“Telah dilaknat arak, peminumnya, pemberi minumannya, penjualnya, pembelinya, pemerahnya, orang yang memprosesnya dan pemakan harganya (wang hasil penjualan arak). Hadis ini jelas menyatakan bahawa semua jenis perkhidmatan dan penggunaan berkaitan dengan arak adalah haram”.
3.Hadis riwayat al Hamdi mengenai hukum haram menghadiahkan arak kepada orang kafir. “ “ Riwayat Kho’mar:
Maksudnya:
“Daripada Abu Huhairah ra, bahawa seorang lelaki pernah menghadiahkan sebekas arak kepada nabi saw kemudian ia menghadiahkan kepada beliau selama setahun, pada hal arak sudah diharamkan. Maka nabi saw bersabda “ Sesungguhnya arak telah diahramkan” Lelaki itu berkata “Bagaimana kalau saya jual?” baginda bersabda “Sesungguhnya minuman yang diharamkan minumnya haram menjualnya. Orang itu berkata lagi “Bagaimana kalau aku berikan sebagai hadiah kepada orang Yahudi?” Nabi SAW bersabda “Sesungguhnya yang mengharamkan (Allah) mengharamkan juga pemberian kepada orang-orang Yahudi, lelaki itu bertanya lagi “Apa yang harus saya lakukan? “Sabda Rasulullah saw “Tuangkanlah (buang)’
Hadis ini menunjukkan bahawa memberi hadiah arak kepada orang kafir adalah haram, oleh itu menjual arak kepada orang kafir tentulah lebih awal haram, kerana sekiranya memberi percuma adalah haram, tentulah menjual dengan bayaran harganya adalah lebih awal haramnya.
Mesyuarat juga merujuk kepada enakmen jenayah dalam sarak negeri Perlis 1991 dalam fasal 24ceraian (2) yang menegaskan bahawa:
“Mana-mana orang yang membuat, menjual, menghadiah, mempamirkan untuk jualan, menyimpan, membawa atau membeli apa-apa arak, atau minuman yang memabukkan adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan huhuman denda tidak melebihi tiga ribu ringggit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali”.
Berdasarkan kepada dalil-dalil di atas mesyuarat membuat keputusan seperti berikut:
1.Islam mengharamkan umatnya mengambil sebarang manfaat daripada arak seperti minum, memberi minum, menjual, membeli, membawa, memproses, meluluskan lessen penjualan arak kepada Islam dan lain-lain yang berkaitan dengannya.
2.Orang Islam haram memberi sebarang perkhidmatan arak kepada orang Islam atau kepada orang bukan Islam samada berbayar atau tidak berbayar.
3.Orang-orang Islam dilarang menjual dan meminum arak berdasarkan enakmen jenayah syarak negeri Perlis fasal 24 ceraian (2)
Bagi yang tak tahu syarikat apakah San Miguel Corp ni, ia adalah antara sebuah Syarikat Arak yang terbesar di Philipina. Anak dewa UMNGOK adalah salah seorang pengarah syarikat. Tak percaya? klik gambar di bawah tengok sendiri, kalau tak percaya juga nak pilih jadi si bangang yang suka menafikan lantak kolah labu....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment