Kenapa asyik tak tahu ni.................
Hari semalam saya menghadiri satu mesyuarat diantara AJK urus sendiri kebun dengan pengurus felda kota gelanggi 01, antara objektif utama mesyuarat tersebut ialah bagi mendapat persetujuan dari ahli yang urus sendiri kebunnya, untuk di buat potongan semasa pambayaran dari penjualan hasil sawit sebanyak 10 atau 20 % dari kos keseluruhan jualan.
Antara tujuan penting di buat potongan tersebut ialah untuk membuat satu tabung simpanan bagi tujuan bayaran kembali hutang peneroka yang telah mengambil semula kebunnya dari pengurusan felda.
Masaalah kedua yang di kemukakan oleh pengurus felda ialah berkaitan potongan insurance ladang bagi setiap peneroka felda yang setiap orang dikenakan sebanyak RM11.59 sebulan dan potongan keceriaan kampung RM5.00 sebulan dan potongan untuk buat jalan pertanian.
Dan masaalah ketiga, di beritahu kepada peneroka yang urus sendiri bahawa dengan menghantar buah sawit masuk akaun felda, peneroka tersebut layak untuk mendapat manfaat insurance kamatian sebanyak RM10,000.00, dimana pecahannya iaitu untuk urusan pengkebumian RM3,000.00 dan bagi mengurangkan kehibaan RM7,000.00.
Setelah selesai pengurus memberikan penjelasannya, maka saya bangun memberikan cadangan balas, saya kata tidak perlu di buat potongan sama ada 10 atau 20 % peratus, tetapi hendaklah di buat potongan berdasarkan jadual sebenar hutang peneroka, jika hutang peneroka tersebut perlu dibayar misalnya RM450.00 sebulan, maka di buatlah potongan sebanyak itu serta dicampur dengan insurance ladang dan keceriaan kampung serta potongan jalan pertanian.
Pengurus kata, masaalahnya, penyata hutang yang ada sekarang ini adalah penyata hutang sementara dan tidak tahu bila akan keluar penyata hutang sebenar, saya kata, didalam pertemuan di progrem mesra felda baru-baru ini, saya ada mengunjungi kaunter penerangan hutang dan saya tanya bila hutang sebenar akan di keluarkan, pegawai kewangan terbabit memberi jaminan bahawa penyata hutang sebenar akan di keluarkan didalam masa terdekat, oleh itu kita tunggulah penyata sebenar keluar dan barulah di buat potongan.
Jikalau lambat keluar maka lambatlah boleh dibuat potongan, lagi pun, ini boleh dijadikan sebagai satu kuasa tawar menawar diantara peneroka dengan bahagian kewangan felda, agar pihak bahagian kewangan felda menyegerakan pengeluaran penyata hutang sebenar peneroka yang ambil alih kebunnya, jika lambat dibuat, maka lambatlah boleh di kutip hutang peneroka.
Satu lagi kelebihannya kata saya, apabila penyata sebenar hutang peneroka telah ada, maka setiap kali bayaran kembali hutang di buat oleh peneroka, pasti akan di tolak di dalam penyata bulan berikutnya, dan peneroka akan boleh melihat berapa lagi bakinya hutang mereka untuk bulan berikutnya dan begitulah seterusnya.
Akhirnya semua AJK dan Pengurus felda kota gelanggi 01 bersetuju dengan cadangan saya dan membatalkan cadangan awal untuk membuat potongan secara borong dari hasil jualan sawit peneroka yang urus sendiri sebanyak 10 atau 20% serta bersedia menunggu sehingga keluar penyata sebenar dari felda barulah di buat potongan.
Berkaitan masaalah kedua iaitu insurance ladang berjumlah RM11.59 sebulan bagi setiap peneroka, apakah manfaat yang bakal di perolehi oleh peneroka dengan bayaran sebanyak itu, betul jumlah tersebut tidak banyak iaitu cuma RM11.59 sebulan, tetapi jika di campur dengan jumlah semua peneroka iaitu 366 orang di kota gelanggi 01 sahaja, jumlahnya RM50,903.28 setahun.
Cuba campurkan RM50,903.28 bagi satu felda x 317 skim felda di seluruh negara, jumlahnya ialah RM16,136,339.76 untuk satu tahun, hai, berapa tu......kalau tak silap saya, 16 juta, 136 ribu, 339 ringgit dan 76 sen, betul ke tu.......saya ni peneroka, mana nak reti kira juta-juta ni.....
Bayangkan dengan jumlah kutipan sebanyak itu untuk satu tahun, sedangkan tidak pernah pun peneroka berpeluang membuat tuntutan, di tambah lagi pengurus felda sendiri apabila di tanya apakah perkara dan seminima mana boleh di buat tuntutan, beliau sendiri pun tidak tahu................................
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment