Wahai DSAI, kita berserah pada Allah tentang rayuan dan kita tumpukan menyoal balas Saiful.Dahla mahkamah begitu semenjak PRU12 nak buat macam mana.Bila ditangguh mereka kata DSAI yang sengaja melambat-lambatkan perbicaraan,walaupun mereka tahu perbicaraan itu tidak layak diteruskan.Pada teman elok benar diteruskan biar tekencing si Saiful dan biar dia tak dapat tidur nyenyak.Terbayang bagaimana si Karpal soal balas nanti.
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan meneruskan rayuan untuk meminta Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapinya.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, notis penarikan itu difailkan menerusi firma guaman Tetuan S N Nair & Partners di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini pagi semalam.
“Setelah menimbang masa yang diambil agak panjang dan kami jelas tentang perjalanan mahkamah dan sistem kehakiman negara, kami memilih untuk menyegerakan kes ini dengan tarikh pendengaran semula pada 25 Mac.
"Daripada situ tarikh akan ditetapkan agar pasukan peguam saya dapat menyoal balas (pengadu) Mohd Saiful Bukhari Azlan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Parlimen, semalam.
Pada 19 Mac ini, Mahkamah Rayuan sepatutnya mendengar rayuan Anwar berhubung keputusan Mohamad Zabidin untuk tidak menarik diri daripada mendengar kes liwat itu.
Pada 8 Februaru lepas, Anwar membuat permohonan supaya hakim itu menarik diri dengan alasan Mohamad Zabidin bertindak berat sebelah apabila enggan melayan permohonan oleh peguam utama Anwar, Karpal Singh, untuk mengenakan tindakan menghina terhadap :Utusan Malaysia: berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar itu.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
No comments:
Post a Comment