Bukan 70% cuma 65% sahaja ,( 46 dari 71 ialah 64.7 )
70% Hak Milik Tanah Felda Di Johor Selesai
Ditulis oleh Hamirul Hairi Mohd Noh
PENGERANG: Sehingga Mac tahun ini, kerajaan negeri sudah menyelesaikan kira-kira 70% kes berkaitan isu hak milik tanah di seluruh rancangan felda di Johor.
Menteri Besar, Dato Abdul Ghani Othman, berkata daripada 71 tanah rancangan felda di negeri ini, hanya tinggal 25 lagi yang masih belum dikurnaiakan hak milik tanah.
Katanya, kurniaan hak milik ini hanya boleh dilaksanakan setelah peneroka melunaskan segala bayaran kepada felda.
"Kurnian hak milik ini mememerlukan masa kira-kira 25 tahun sehingga peneroka selesai membayar segala bayaran termasuk bayaran kembali kepada Felda," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan kerjanya ke parlimen Pengerang, di sini semalam.
Katanya, apabila segala pembayaran itu selesai, perkara itu akan dibawa ke Pejabat Tanah dan Galian (PTG) untuk diambil tindakan.
Mengenai hak milik tanah untuk generasi kedua felda, Abdul Ghani berkata, Kerajaan Negeri sudah melaksanakan kurniaan hak milik tanah untuk tapak rumah kepada golongan itu sejak tahun 2004.
Katanya, kurniaan itu juga akan dilaksanakan di tanah rancangan felda di seluruh Johor dengan syarat felda-felda berkenaan masih memiliki tapak tanah yang kosong untuk tujuan itu.
Selain itu, katanya, melalui program kurniaan itu, hanya seorang sahaja di kalangan generasi kedua daripada satu keluarga generasi pertama yang layak untuk memohon kurniaan itu.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment