Sebelum ini kita disajikan tektik letak jawatan ajk MCA agar pemilihan semula dibuat di mana MCA gagal membubarkan jawatankuasa kerana tidak cukup korum.
Mykmu tidak berniat mempertahankan diri terhadap dakwaan blog-blog pro Khairy bahawa dakwaan kami apa yang berlaku dalam mesyuarat EXCO Pemuda tempoh hari adalah palsu.
Bagaimanapun seorang lagi EXCO Pemuda UMNO Malaysia, saudara Zubir Zabidi mengesahkan berlakunya peristiwa yang mykmu dakwa tempoh hari.
Bercakap kepada blogger Duke of UMNO, Zubir mengakui wujudnya desakan supaya Khairy Jamaluddin meletak jawatan bagi menyelamatkan Pemuda UMNO.
Malahan Zubir dilaporkan bersedia melepaskan jawatannya sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia beramai-ramai bersama rakan-rakan Exconya sekiranya terdapat cukup jumlah untuk membolehkan pemilihan semula.
Sebelum ini seorang lagi EXCO Pemuda, Tun Faisal, turut mengiyakan sebahagian laporan mykmu sungguhpun dalam cara keadaan yang lembut dan berlapik.
Seorang lagi EXCO Pemuda, Lokman Nor Adam turut mengakui kepada rakan-rakan rapatnya bahawa apa yang ditulis oleh Mykmu tersebut memang terjadi. Bagaimanapun Lokman enggan memebri sebarang kenyataan kepada MYKMU apabila ditanya.
Sehingga kini Mykmu dimaklumkan terdapat 15 orang EXCO pemuda telah menyatakan kesediaan mereka melepaskan jawatan sebaik sahaja mereka berjaya mencapai angka 20 orang EXCO seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Pemuda bagi mengadakan pemilihan semula.
Sementara itu beberapa sumber yang rapat dengan Dr. Mohamad Khir Toyo dan Mukhriz Mahathir menyatakan kemungkinan besar kedua-dua mereka tidak akan bertanding jika diadakan pemilihan semula.
Namun kedua-dua kem masih bersikap tunggu dan lihat. Namun kosensus yang didapati daripada kedua-dua sumber ialah hanya satu calon antara mereka yang akan bertanding jika diadakan pemilihan semula kali ini
Sumber: MyKMU = Blog Penyokong BN
KJ = Khairi Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO Malaysia
UMNO = PEKEMBAR (Nama tak glamour)
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment