Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, February 11, 2010

TEKTIK BARU NAK POPULAR ?

Pelik bila difikirkan Menteri Pertahanan sendiri membongkar kelemahan dan kebocoran dalam kementeriannya sendiri.Mungkin beliau harap rakyat atau bossnya nampak ketelusan dan berterus-terangnya dalam pentadbirannya.Kalau dah tahu, teruslah siasat ,tak perlu buat kenyataan dalam media atau akhbar?Betul juga kata YB Mahfuz , kalau dah bongkar maka dedahkan nama pembocor maklumat dan negara yang terlibat supaya menjadi pengajaran dan amaran pada sesiapa yang berniat untuk melakukan di masa yang lain.
Dato'Zahid Hamidi telah pun mendedahkan berlaku pembocoran dan penjualan rahsia penting negara berkaitan keselamatan dan pertahanan negara. Pembocoran dan penjualan tersebut dikatakan melibat pihak dalaman Angkatan Tentera Malaysia dan dijual kepada negara asing melalui kedutaan di Kuala Lumpur.
Kejadian ini sekali lagi mendedahkan betapa kelemahan yang sangat ketara pada sektor dan institusi pertahanan dan keselamatan negara selepas dalam tempoh dua bulan kita dikejutkan dengan kecurian dan penjualan dua buah enjin Jet F5E dipasar malam antarabangsa.
Kecurian enjin Jet, pembocoran serta penjualan rahsia penting negara menyebabkan kehidupan raayat berada dalam keadaan cemas dan bimbang akan tahap keselamatan dan pertahanan negara. Kebimbangan rakyat ada kewajarannya berasaskan pada tahap integriti institusi keselamatan dan pertahanan negara yang dilihat berada dalam keadaan yang sangat kritikal. Apatah lagi negara yang melakukan pengintipan dengan membeli rahsia penting negara sudah tentu mempunyai niat jahat terhadap Malaysia.

Berasaskan pada dua kejadian tersebut negara dilihat berada dalam ancaman dari negara luar. Dengan rahsia penting negara yang berkaitan dengan keselamatan dan pertahanan yang dimiliki oleh negara asing sudah tentu mereka akan bertindak terhadap Malaysia. Kalau pun tidak dengan menyerang Malaysia tetapi dengan maklumat rahsia yang mereka ada sudah pun cukup untuk mereka mensabotaj Malaysia. Inilah yang menjadikan rakyat gelisah dan merasakan berada dalam keadaan tidak selamat dan terancam.
Malangnya kerajaan gagal merungkai segala kebimbangan yang sedang dirasai olih rakyat. Tiba tiba saja menteri Pertahanan Dato'Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan menyatakan kes penjualan dan kebocoran rahsia penting negara selesai dan diselesai mengikut saluran diplomatik.

Saya membantah kenyataan Menteri Pertahanan.RaKyat perlu diberi tahu siapa didalam Angkatan Tentera Malaysia yang menjual rahsiah penting tersebut. Adakah mereka yang terlibat hanya berpangkat Prebet atau Sarjan seperti dalam kes kehilangan dan kecurian dua buah enjin Jet F5E. Rakyat juga perlu diberitahu negara mana yang menjalankan pengintipan dengan membeli pihak dalam ATM untuk mendapat rahsia penting negara yang berkaitan dengan keselamatan dan pertahanan negara. Rakyat berhak tahu adakah duta negara tersebut telah dipanggil oleh pihak Wisma Putra dan Kementah untuk diambil tindakan mengusir atau diberi amaran keras. Adakah kes ini masih menjadi kes yang disiasat oleh Polis.

Saya mohon jawapan dan penjelasan segera dari pihak kerajaan khususnya Menteri Pertahanan untuk meyakinkan rakyat agar kebimbangan dan keresahan rakyat dapat diubati. Penjelesan dan jawapan segera menteri Pertahanan sangat penting bagi menjaga tahap integriti Angkatan Tentera Malaysia.

"SELAMATKAN MALAYSIA DAN LINDUNGI LAH RAKYAT"

No comments: