Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, February 4, 2010

KWSP TIPU AHLI DAH LAMA DAH ! AHLI LEMBAGA TAK BERTANGGUNGJAWAB !



Sikap KWSP yang berlepas tangan dalam isu pelaburan TIDAK HALAL duit pencarumnya amat dikesali. Jelas sekali KWSP langsung tidak sensitif dengan hukum syarak dan sehingga kini tidak ada usaha-usaha yang bersungguh-sungguh untuk membebaskan duit caruman dalam KWSP dari pelaburan yang TIDAK HALAL.

Akhirnya semua umat Islam yang mempunyai dalam KWSP terpalit sama. Persoalannya bagaimana dengan duit KWSP yang digunakan oleh pencarum untuk naik haji dan lain-lain.

Kerajaan dalam hal ini sebagai pihak yang berkuasa WAJIB menangani masalah ini demi kesejahteraan pencarum KWSP yang sebahagian besarnya umat Islam.
Persoalannya mengapa KWSP dan kerajaan begitu susah untuk membuat perubahan ke arah memastikan semuanya bertepatan dengan syariah. Tetapi dalam hal-hal lain mereka begitu pantas bertindak dengan bersungguh-sungguh.
Negara sudah mencapai kemerdekaan lebih dari 50 tahun namun Islam seolah-olah masih dipinggir dan dipermain-mainkan.
Apakah jawapan yang diberikan oleh KWSP dalam suratnya itu dapat diterima oleh Allah di Hari Kiamat kelak.
(Klik atas gambar untuk membacanya)

No comments: