Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, February 23, 2010

SANGGUPKAH SPRM SIASAT KES YANG MEMERANJATKAN INI ?


Benarkah Kumpulan Felda Holding ketika ini telah didakwa mengalami kerugian sekitar RM1 Billion pada 2009 seperti dinyatakan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan, Zabiedie Abas dalam suatu kenyataan medianya baru-baru ini.

Menurut beliau, berita ini dikatakan sedang hangat dibicarakan di banggunan Felda.
"Ada sumber menyebut bahawa Pengarah Besar Felda Datuk Dzulkifli Abdul Wahab telah dilantik bagi menggantikan Datuk Ahmad Tarmizi Alias yang dikatakan terpaksa dibersarakan berpunca daripada kerugian tersebut.
"Ahmad Tarmizi juga dikatakan tidak bersendirian 'digugurkan', malah beliau bersama lebih 50 pegawai bergaji sekitar RM3,000 dan 2 orang pegawai bergaji RM 11,000 telah dipecat. Jika berita ini benar, maka satu lagi malapetaka di bawah pentadbiran kerajaan 1Malaysia," jelas Zabiedie.
Beliau berkata, sebelum ini kes mahkamah yang dimenangi oleh peneroka Felda Kemahang adalah penipuan besar dan dipercayai bahawa kira-kira 103 ribu peneroka ditipu melalui kaedah yang sama.
"Teorinya adalah sama di seluruh tanah rancangan Felda iaitu peneroka telah ditentukan awal menjual minyak sawit bergred rendah sebelum kelapa sawit dijual kepada kilang sawit.
Menurut beliau, yang lebih keji dan hina, buah sawit muda dicuri oleh kilang Felda kemudian diproses dan minyaknya dijual. Manakala diumumkan kepada peneroka bahawa, buah sawit tersebut telah dilupuskan (buah sawit yang dikatogerikan muda yang dijual oleh peneroka).
"Tahukah orang ramai, bahawa hal ini dilakukan setiap hari di seluruh kilang milik Felda selama berpuluh tahun? Adakah ini palsu? Semua bekas, pengurus serta pekerja kilang Felda ada jawapannya. Sila siasat jika kenyataan ini adalah fitnah," kata beliau.

No comments: