Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, February 11, 2010

SAMBUTAN HEBAT BUKU CHEGUBARD RUMAH DISERBU

Persoalannya kini, siapa yang bertuah membuat laporan polis sehingga PDRM dari Bukit Aman terpaksa terhegeh - hegeh untuk datang jauh ke Seremban mencari jejak buku tersebut.Atau PDRM sendiri yang di arah pihak atasan?

Persoalan lama, cheGuBard sendiri telah membuat beberapa laporan polis kepada Jabatan Jenayah Komersial, Bukit Aman dan yang terbaru mengenai penyeludupan wang RM 10 Juta oleh MB Negeri Sembilan namun tiada sebarang tindakan. Kenapa pula kini begitu sekali hebat mereka bekerja.


Petang semalam sekitar jam 5 petang, cheGuBard telah dimaklumkan melalui panggilan telefon oleh ibu mengenai sekumpulan anggota polis telah datang ke rumah. Salah seorang dari mereka memperkenalkan diri sebagai Pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman.

Mereka ingin memasuki rumah menggeledah dan ingin merampas 'Buku Di Sebalik Misteri Altantuya'.

Untuk pengetahuan pihak PDRM yang ditunggang Najib Tun Razak, ketahulilah cheGuBard tidaklah bodoh sangat ingin simpan stok buku tersebut di rumah. Memang alamat rumah ibu bapa di Seremban digunakan sebagai alamat untuk menerima tempahan tetapi tempahan semuanya di uruskan di tempat lain.
Semua pegawai yang datang tidak dibenarkan masuk oleh ibu cheGuBard. Tetapi mereka mengugut akan kembali semula dengan waran geledah.

Inilah bukti antara tulisan dalam buku tersebut.... hampir lebih 20 media dunia menulis dan mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya namun Najib menikus takut untuk menyaman mereka.... sebaliknya terus 'keras' menggunakan segala kuasa dan jentera kerajaan untuk membelasah rakyat sendiri yang membangkitkan 'pertanyaan' mengenai pembunuhan Altantuya.....

No comments: