Dah lebih 50 tahun merdeka Kementerian Kesihatan tiada Unit Pemantau Klinik Haram atau doktor haram? Kenapa Utusan Malaysia pula terpaksa tubuhkan Unit Khas untuk kaji dan siasat kes doktor haram begini? Rakyat menaruh harapan pada Kerajaan BN kununya semua dijalankan dengan baik.Rupanya Kementerian seperti paku yang perlu diketuk baru nak bergerak.Rakyat yang menggunakan khidmat klinik gigi bukan murah bayarannya.Sebahagian kakitangan kerajaan pun kena bayar dulu bila nak dapatkan perkhidmatan dan klim kemudian melalui pejabat masing-masing.
Untuk bergelar doktor gigi seseorang terpaksa belajar sehingga lima tahun dan membayar kos sehingga RM500,000 sepanjang tempoh pengajian.
Namun siasatan Unit Khas Utusan Malaysia mendapati gelaran itu dikongsi doktor gigi ‘palsu’ yang turut membuka ‘klinik gigi haram’ di negara ini.
Daripada 95 nama doktor gigi yang disiasat, 28 daripadanya atau hampir 30 peratus tidak berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MDC). Manakala daripada 122 nama klinik yang disiasat, 29 buah atau 25 peratus tidak mendapat tauliah daripada Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS), Kementerian Kesihatan.
Pada masa ini, terdapat 3,567 doktor gigi berdaftar dengan MDC di seluruh negara. Oleh itu, jika hasil siasatan tersebut diambil kira iaitu nisbah terdapat 28 doktor ‘palsu’ bagi setiap 67 doktor sah, maka di seluruh negara kini terdapat tidak kurang 1,490 doktor gigi ‘palsu’.
Penemuan wartawan penyiasat, MUHAMAD AMIRUL AFIQ MASTOR dan ROSALINDA MD. SAID bersama jurugambar ZAINI HUSIN serta WAHIDAH ZAINAL dalam Bahagian I laporan khas ini pasti menggerunkan orang ramai terutama mereka yang selalu membuat pemeriksaan, menampal dan mencabut gigi atau melakukan kosmetik ortodontik iaitu mencantikkan kedudukan gigi.
Risiko menggunakan khidmat doktor gigi ‘palsu’ dan ‘klinik gigi haram’ termasuk kesukaran menuntut ganti rugi jika berlaku komplikasi yang tidak diingini terhadap muka atau wajah akibat kecuaian. Malah ia mengancam kesihatan dan boleh meragut nyawa terutama ketika peringkat tampalan, mencabut atau membius.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment