Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, February 21, 2010

PEMBANGUNAN LABUAN DISERAH PADA KUMPULAN PEMIKIR GARA-GARA APNYA SAMBUNG BELAJAR

Kumpulan pemikir rancang pembangunan Labuan

LABUAN: Satu kumpulan pemikir bagi Labuan sedang merancang wawasan jelas bagi hala tuju dan pembangunan masa depan pulau itu, kata Ahli Parlimen Labuan Datuk Yussof Mahal.
"Kami mesti benar-benar fokus untuk membangunkan pulau ini dan memperkukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum bertepatan dengan konsep 1Malaysia. Kami mesti mendapatkan bijak pandai dan belia yang bagus untuk menyertai kami dan bekerjasama untuk membina pulau ini," katanya kepada Bernama dalam satu temubual.
Yussof yang baru sahaja dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Bahagian Barisan Nasional (BN) Labuan sehingga 31 Mei 2011 oleh Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, berkata kumpulan pemikir itu akan meneliti dengan serius aktiviti ekonomi yang mungkin sesuai untuk Labuan.
"Pemimpin yang bagus tahu mereka tidak boleh menghasilkan semua idea yang baik. Dengan membenarkan input mereka mampu membuat keputusan yang lebih bertanggungjawab," katanya.
Biro aduan juga akan diwujudkan bagi memastikan lebih banyak penyertaan daripada orang ramai dalam pelbagai projek pembangunan masyarakat yang djalankan kerajaan.
"Bagi saya, ia bukan persoalan memberikan gula-gula, apa yang penting adalah untuk meneruskan polisi BN. Saya juga mendengar apa kata rakyat dan cari apa yang mereka mahu," katanya.
Yussof berkata, ada banyak isu yang perlu ditangani dengan segera seperti meningkatkan bantuan pendidikan dan membantu masyarakat miskin di pulau itu.
"Saya tidak mahu pendekatan secara ad-hoc untuk membetulkan keadaan di sana sini. Kami mesti mencari pendekatan yang lebih konkrit bagi membantu rakyat. Dengan kata lain, apa yang saya cuba jelaskan adalah kami mesti mencari penyelesaian muktamad kepada banyak isu seperti masalah air dan peningkatan harga barangan yang telah lama berlanjutan," katanya.

Yussof yang sedang melanjutkan pelajaran pada peringkat Ijazah Sarjana Kejuruteraan Marin di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), berkata apa yang paling penting bagi beliau adalah untuk berkhidmat kepada rakyat.


"Jika anda tidak melakukan perkara yang betul untuk rakyat atau berkhidmat kepada rakyat, akhirnya rakyat akan membuat penghakiman sendiri. Pemimpin yang bagus akan mendapatkan pandangan dan mengumpulkan idea sebelum membuat perancangan," katanya. - Bernama

1 comment:

zul_neem said...

assalamulaikum

Budaya berfikir asas kepada pembinaan tamadun dan perubahan sejarah.Dengan berfikir juga kerja-kerja yang susah jadi mudah dan membebaskan diri dari polimek takliq membuta.Ikatan keilmuan dan pengalaman membuah keaktifan fikiran.Tapi kadang-kadang banyak berfikir tanpa pedoman dan haluan keTanjung rambuatan buat nya.Idea yang datang dari buah firkiran MP Labuan memang baik dan boleh disokong tetapi jangan bersifat UMNO centric .Penglibatan dari semua lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan parti politk mesti ditekan dan mewujudkan satu komuniti khas untuknya.Barulah lahir tenaga-tenaga berfikir atau thinktank darinya.Nak harap orang-orang muda UMNO disana memang berat kerana mereka lebih banyak dilatih untuk berkarokea dari mengambil berat halehwal kepulauan Labuan.Dan cuba mengelak kumpulan pemikir yang dicadangkan itu bukan kumpulan KHADAM.