Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Saturday, February 27, 2010
PEJUANG PAKATAN RAKYAT HARUS SEDIA KORBAN KHUSUS PRU SARAWAK
Semua dah terasa bahang dan ada bunga-bunga api tentang pilihan raya umum negeri Sarawak semakin dirasai. Dato' Sri Mohd. Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang sedang mengadakan lawatan kerjanya selama 2 hari di negeri bumi kenyalang bermula Isnin, 22 Februari juga telah membuat pengumuman iaitu negeri ini bakal menerima peruntukan sejumlah RM3.4 bilion untuk membiayai projek infrastruktur seluruh negeri Sarawak yang membabitkan juga pembangunan kemudahan asas untuk rakyatnya menjelang tahun 2012.
Sarawak dan Sabah merupakan 2 buah negeri yang telah menyumbang kemenangan yang cemerlang menyelamatkan Barisan Nasional di dalam PRU12 yang lalu, dengan alasan itulah maka Perdana Menteri merasakan wajar kedua-dua negeri ini diberikan peruntukan yang besar supaya kedua-dua negeri ini dapat terus membangun seiring dengan kepesatan pembangunan negara yang mendahulukan kepentingan rakyatnya.
Dato' Sri Najib Tun Razak juga kununnya yakin BN akan dapat mengekalkan kejayaan dengan prestasi yang lebih cemerlang. Menurutnya, rakyat di negeri ini tidak mudah terpengaruh dengan isu-isu luaran kerana mereka lebih yakin pihak kerajaan sejak dahulu lagi sememangnya sentiasa memperjuangkan masalah yang dihadapi rakyat dengan agenda politik pembangunan yang telah diperkenalkan oleh pucuk pimpinan negeri ini.
Sarawak di bawah kepimpinan Pehin Sri Taib Mahmud sejak dahulu lagi tidak pernah terkeluar daripada landasan perjuangan yang digariskan oleh Barisan Nasional yang terbukti berjaya menyatu padukan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai etnik; lagi pun rakyat Sarawak hari ini dilihat semakin fokus untuk menjadikan negerinya setanding dengan negeri-negeri lain dalam semua aspek pembangunan.
Walaupun keputusan pilihan raya negeri Sarawak pada 2006 lalu menyaksikan 9 kerusi DUN telah dimenangi oleh parti pembangkang, namun Perdana Menteri telah dibayangkan bahawa 9 kerusi panas ini kemungkinan dapat ditawan semula jika parti-parti komponen BN terutamanya SUPP yang mewakili komuniti Cina di negeri ini dapat bertaut hati untuk meyakinkan pengundi-pengundi Cina supaya menyokong kembali BN.
Berasaskan kepada keputusan PRU 2006 lalu, terbukti pengundi-pengundi Cina terutamanya di bandar-bandar besar seperti di Kuching, Sibu dan Bintulu telah dimenangi oleh parti pembangkang yang terdiri daripada DAP dan PKR. Penyertaan PKR dalam PRU 2006 dilihat telah diperkuatkan lagi oleh rakan sekutunya DAP yang berjaya menawan hati majoriti pengundi Cina di kawasan-kawasan bandar utama.
Di kawasan N.12 Kota Sentosa di dalam Parlimen Stampin misalnya, DAP telah memenangi kawasan ini dengan majoriti 531 undi sahaja daripada 18,934 pengundi. Begitu juga di kawasan DUN N.59 Kidurong dalam kawasan Parlimen Bintulu majoriti pengundi Cina di sana telah memihak kepada DAP yang telah berjaya mendapat majoriti 1,664 undi, setelah calonnya memperolehi 8,517 undi daripada jumlah keseluruhan 23,726 pengundi.
Manakala di kawasan N.9 Padungan yang berada di dalam kawasan Parlimen Kuching, PKR telah berjaya mencuri hati 8,002 pengundi dengan majoriti 1,417 undi dimana sebahagian besar pengundi di sini didominasi oleh pengundi-pengundi Cina.
Dalam pada itu, terdapat juga penanda aras yang memperlihatkan kecenderungan pengundi-pengundi dari etnik Iban yang didapati tidak memihak kepada BN. Di kawasan N.28 Engkilili yang didominasi oleh pengundi Iban terbukti mereka tidak memihak kepada calon BN, sebaliknya 3,442 pengundinya telah memberikan kemenangan kepada calon SNAP yang pro pembangkang dengan majoriti 426 undi.
Di kawasan DUN N.30 Saribas dalam Parlimen Betong, calon BN hanya mampu meraih kemenangan tipis apabila calonnya hanya menang dengan majoriti 94 undi sahaja. Pengundi-pengundi Iban di sana dilihat hampir terpedaya dengan kempen-kempen daripada parti pembangkang. Insiden ini hampir sama berlaku di N.48 Pelawan yang berada dalam kawasan Parlimen Sibu dimana calon BN hanya menang dengan majoriti 263 undi sahaja.
Kawasan Parlimen P.208 Sarikei dan Parlimen P.221 Limbang merupakan kerusi parlimen yang nyaris-nyaris dimenangi oleh parti pembangkang di dalam PRU 2006 lepas. Di kawasan Parlimen Sarikei BN hanya mampu memenangi kawasan ini dengan majoriti tipis 51 undi sahaja, manakala di kawasan Parlimen Limbang BN hanya menang dengan majoriti tipis iaitu 676 undi sahaja.
Walaupun BN Sarawak masih memiliki kekuatan lebih 2/3 majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri, namun Barisan Nasional tidak boleh terlalu berkhayal dengan kekuatan ini kerana kemaraan Pakatan Rakyat yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim menampakkan mereka semakin yakin untuk membuat kejutan sekurang-kurangnya untuk memberikan cabaran hebat di dalam kehangatan pilihan raya peringkat negeri Sarawak yang bakal diadakan nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment