Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, February 23, 2010

PATUTNYA 'GO TO BLOG' TAPI 'GOBLOG' JUGA PILIHAN KETUA PENERANGAN UMNO

KATA-KATA KETUA PENERANGAN UMNO SATU PENGHINAAN KEPADA BLOGGERS

Usah kita bicara soal IT jika masih di takuk typewriter!

10SBH dahului artikel ini dengan SELORI ucapan terima kasih kepada Dato' Ahmad Maslan atas PENGHINAAN kepada kami bloggers yang selama ini menyokong Kerajaan UBN. Ucapan dari Ketua Penerangan UMNO Malaysia di dalam satu majlis UMNO jelas membuktikan bahawa, bukan beliau sahaja buta mata dan hati tetapi UMNO telah silap mengekalkan Datuk Maslan sebagai Ketua Penerangan hingga ke hari ini.

Dari gaya ucapan beliau di Majlis Penerangan UMNO Bahagian Subang, jelas bahawa beliau layak digelar BARANGAN ANTIK. Bersaralah sebelum kamu di sarakan. Inilah hakikatnya bahawa kebanyakan pemimpin UMNO masih hidup dan berpolitik dalam kegelapan, mereka tidak mengiktiraf blog dan media sosial lainnya sebagai alat penerangan dan komunikasi alaf baru. 10SBH turut yakin bahawa masih ramai lagi pemimpin UMNO yang berfikiran sedemikian rupa.

Untuk pengetahuan dato', blog kini adalah medium utama selain dari akhbar yang menjadi tatapan rakyat malaysia yang mahukan lebih informasi. Akhbar penuh tapisan sana sini membuatkan rakyat terutamanya golongan muda memilih untuk membaca di dalam blog disamping boleh dilayari tanpa mengira masa. Biasalah beb, orang muda ni, lewat pagi baru nak surfing internet.

Sedih melihatkan mereka ini yang masih lagi tidur dan lena dibuat mimpi. Lebih menyedihkan apabila mereka tidak mampu mengikuti peredaran zaman dan menyalahkan perubahan teknologi yang berlaku. Adakah mereka ni antara individu yang techno phobia? Techno Phobia adalah seseorang yang fobia kepada teknologi moden masakini atau lebih tepat dalam dunia IT kini. Pendapat 10SBH, apa yang layak untuk mereka adalah BERSARA.


"Baca blog lama-lama boleh jadi goblok !", kata Dato' Ahmad Maslan dalam ucapan beliau. Goblok dalam bahasa jawa maksudnya bodoh..

Adakah kenyataan GOBLOK itu turut ditujukan kepada blog 1 Malaysia? Andai benar, SAH PM kita juga dianggap GOBLOK oleh mereka ini. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar....

Kesimpulannya 10SBH beranggapan bahawa, Datuk Haji Ahmad Bin Maslan tidak ubah seperti BERUK MENDAPAT CERMIN (diperhatikan cermin penuh minat, bila terpandang wajahnya dicermin baru melompat terkejut. Baru dia sedar bahawa dia adalah BERUK). Kerana bukan sahaja kejutan budaya, tetapi kejutan di alam siber juga boleh membuat seseorang pemimpin itu juga MEROYAN.

Pulaukan sahaja segala aktiviti dan laporan berkenaan UMNO buat seketika sebagai bukti bahawa BLOGGERS merasa diri di HINA oleh pemimpin UMNO yang hanya pandai berkata tanpa berfikir.

Selain Pahang, 10SBH juga turut sama akan berhenti menulis perihal Perak kerana sudah benci, muak dengan kebodohan pemimpin UMNO peringkat negeri yang tidak tahu menilai di antara keikhlasan dan lakonan. Sanggup berhabis ribuan ringgit hanya untuk membela ULAR SAWA dibuat maskot di alam siber.

No comments: