Jaring terima arahan PM perlahan kelajuan internet?
JARING Communications Sdn Bhd tidak tahu menahu mengenai dakwaan wujudnya arahan dari perdana menteri supaya memperlahankan kelajuan internet sewaktu perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Terdapat satu SMS yang disebarkan yang mendakwa Ketua pegawai eksekutif (CEO), Dr Mohd Awang Lah menerima arahan seperti itu, juga untuk menyekat laman-laman web pembangkang.
SMS tersebut berbunyi: Berita terkini : Dr. Mohd. Awang Lah, CEO Jaring menerima arahan Dari pejabat Najib untuk melambatkan ’speed’ internet & ‘block’ site2 pembangkang. Sebarkan.
Ketika dihubungi, Dr Mohd Awang berkata kandungan SMS berkenaan adalah “tidak benar.”
“Saya tidak sedar mengenai arahan seperti itu,” katanya lagi.
Capaian ke laman web berita tempatan, termasuk Malaysiakini, biasanya akan menjadi perlahan sewaktu berita-berita penting dilaporkan seperti ketika pilihan raya dan kini perbicaraan kes liwat tokoh pembangkang itu yang mendapat perhatian meluas pembaca. – Utara Online
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment