Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak digesa memecat Pegawai Khas, Datuk Nasir Safar sepatutnya dipecat ekoran mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman dalam suatu seminar 1Malaysia di Putrajaya semalam,
Menurut Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Nasir sepatutnya tidak dibiarkan meletak jawatan begitu sahaja untuk memelihara imej Najib, sebaliknya perlu dikenakan tindakan disiplin oleh Kerajaan.
“Jadi kita minta, bukan dia (Nasir) yang meletak jawatan, tetapi Perdana Menteri harus ambil tindakan disiplin dengan memecat beliau,” tegas Datuk Mahfuz Omar.
Dengan memecat atau mendakwa Nasir di Mahkamah, menurut Mahfuz, membuktikan Najib sebenarnya tidak bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang mengamalkan cauvenisme ekstrem yang akhirnya mencacatan gagasan 1Malaysia.
No comments:
Post a Comment