GANYANG UMNO DISELANGOR:300 terima kunci rumah dari Anwar esok
Seramai 300 penduduk di Hulu Kelang dan Puchong merupakan kumpulan terawal yang berjaya memiliki rumah di Selangor melalui skim pemulihan perumahan terbengkalai di negeri itu.
Penduduk berkenaan akan menerima kunci rumah masing-masing di Taman Ukay Bistari dan Saujana Puchong dari Datuk Seri Anwar Ibrahim esok, demikian kenyataan pejabat penasihat ekonomi Selangor itu.
Skim berkenaan dimulakan tahun lalu melalui pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM5 bilion, bagi memulihkan hampir 5,000 unit rumah terbengkalai di 141 kawasan perumahan di Selangor."(Pemulihan rumah terbengkalai ini bertujuan) membantu pembeli yang kebanyakannya golongan berpendapatan sederhana dan rendah, yang tidak dibela sejak sekian lama, akibat menanggung hutang pinjaman walaupun rumah belian mereka tidak dapat disiapkan.
"Kerajaan negeri akan menyuntik bantuan dalam bentuk underwriting (jaminan bayar balik) bagi projek yang tidak dapat dipulihkan oleh pihak swasta dengan melibatkan kontraktor baru melalui tender terbuka.
"Kerajaan negeri menyediakan geran bayar balik kepada perunding perumahan yang berminat untuk menyelamatkan projek perumahan yang terbengkalai," kata kenyataan itu lagi.
Program itu diselia oleh jawatankuasa khas yang dipengerusikan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib (kanan) dan dijalankan melalui sumbangan modal dan kepakaran dari syarikat swasta.
Jawatankuasa itu pula diletakkan di bawah jawatankuasa induk yang akan turut dianggotai exco perumahan, pihak berkuasa tempatan dan juga wakil penduduk.
Menurut kenyataan itu lagi, lapan projek perumahan berjaya disiapkan, manakala 42 lagi diambil alih dari pemaju dan kontraktor bermasalah sehingga Jun tahun lalu.
"Kerajaan Selangor mensasarkan 20 peratus daripada jumlah keseluruhan unit, dapat dipulihkan dan diserahkan kepada pembeli bagi tahun 2010," katanya.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment