Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, February 3, 2010

MARUAH JANGAN RUNTUH BILA DAPAT DURIAN RUNTUH !

Kadar baru gaji dan elaun anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diumumkan kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Diberitakan kenaikan adalah berkuatkuasa mulai Januari tahun 2009 , bermakna durian runtuh untuk polis.

"Kadar baru ini yang akan saya umumkan adalah sebagai memenuhi janji yang saya berikan sewaktu saya mula menerajui KDN," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran pasport Malaysia versi (Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)

Beliau berkata, kadar baru itu diyakini akan meningkatkan taraf kehidupan anggota polis sekaligus meningkatkan keupayaan pasukan berkenaan.

Katanya, ia juga adalah sebahagian daripada cadangan yang dirumuskan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan Dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Laporan akhbar ini menyebut bahawa skim gaji dan elaun itu akan membolehkan pegawai polis berpangkat inspektor menerima gaji bulanan lebih RM3,000 manakala sarjan pula sehingga RM2,000 sebulan.
Menerusi skim ini, inspektor baru berpeluang menikmati kenaikan terbesar dengan gaji permulaan sebanyak RM2,060 berbanding RM1,492 sebelum ini serta pertambahan beberapa elaun lain seperti perumahan dan sara hidup
Bagi pemegang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), mereka dibenarkan menyertai PDRM dengan pangkat sarjan dan akan menikmati gaji permulaan RM1,500 berbanding RM800 sebelum ini.
Semua kenaikan itu berkuatkuasa pada 1 Januari tahun lalu, sekaligus bermakna anggota dan pegawai terbabit bakal mendapat durian runtuh melalui bayaran tunggakan bermula tarikh itu.

No comments: