Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, February 5, 2010

MANA NAK LETAK MUKA MENTERI PERTAHANAN ?

Hilang lagi : Dua Enjin Jet Sukhoi Lesap
Petaling Jaya: Dua enjin jet pejuang Angkatan Udara Malaysia "hilang" pada tahun 2007, selain daripada dua enjin F5 yang dicuri dari pengkalan udara Sungai Besi .

Dua enjin yang "hilang" itu baru dihantar untuk Sukhoi Su-30MKM Multi Role Combat Aircraft (MRCu). Pesawat tersebut mengalami "kerosakan benda asing" (FOD) selepas enjinnya menyedut batu dan benda-benda lain tatkala mendarat pada Jun 2007.

Sumber mengatakan kedua-dua enjin NPO Saturn AL-31FP itu telah dilupuskan selepas mengalami "bencana kerosakan" ketika jet Sukhoi baru itu mendarat di landasan pengkalan udara Gong Kedak di Kelantan.

Namun, Ketua Ankatan Udara, Datuk Seri Rodzali Daud telah menafikan tentang pelupusann tersebut dan berkata enjin tersebut telah dihantar untuk dibaiki.

Dia enggan menjelaskan lebih lanjut, tetapi mengatakan bahawa FOD adalah kejadian normal dalam operasi pesawat jet pejuang. Jika enjin boleh diperbaiki, ianya akan dihantar semula ke kilang NPO Saturn, Russia.

Sumber industri pertahanan tempatan mengesahkan kehilangan enjin yang rosak itu.

Adalah sukar untuk menganggarkan kos baru enjin AL-31FP. Negara telah membelanjakan RM155 juta bagi setiap jet Sukhoi dan kerajaan membeli 18 Su-30MKM dari Rusia pada Mac 2003 dengan kos RM3.42 bilion.

Adalah difahamkan bahawa insiden itu berlaku, ketika pesawat jet Sukhoi tersebut di uji pandu oleh Biro Desain Sukhoi. Pada awalnya RMAF menuntut agar syarikat Russia itu menggantikan dua enjin yang rosak itu.

Namun, Sukhoi telah menolak dengan alasan bahawa kru ujian hanya mengikuti arahan daripada pegawai RMAF mendarat di pengkalan udara Gong Kedak.

Walaupun jelas bahawa insiden itu merupakan satu pelanggaran peraturan tetap RMAF, namun tidak ada seorang pun yang diseret di atas kehilangan dua enjin tersebut. / end
Catatan Oleh alhusseyn pada 9:40 PM

1 comment:

Anonymous said...

siap sedialah prebet...sarjan... pasti ni kerja ni orang bawahan ni...hehe