Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, February 28, 2010

MALUNYA AKU OPPS ! INI KES SEKOLAH NAK NAMA ATAU ARAHAN SAPA?

Pelajar dipaksa tulis surat kepada PM 1Malaysia.
Surat ini di tulis oleh seorang ibu kepada pelajar yang di paksa tulis surat kepada PM 1Malaysia.. Sedih oo kene pakse tulis surat.. lepas baca surat ibu ini korang nilaikan sendiri...
Surat yang di maksudkan...
Saya rasa terpanggil untuk menulis maklumat yang baru saya terima dari anak saya yang merupakan salah seorang pelajar di salah sebuah sekolah yang telah diumumkan sebagai sekolah berprestasi tinggi (SBT) oleh TPM.

Alangkah terkejutnya saya apabila anak saya memaklumkan semua pelajar di sekolahnya diwajibkan menulis surat satu Malaysia ke PM dan bagi pelajar yang tidak menghantar surat tersebut kepada guru berkenaaan pelajar-pelajar ini tidak dibenarkan 'outing' (keluar untuk sekadar beberapa jam pada Jumaat atau Ahad).

Mengikut anak saya arahan ini dari pengetua sekolah. Surat-surat yang ditulis ditapis oleh guru dan isi kandungannya terikat kepada idea-idea yang dibincangkan dengan guru. Permulaan harus lebih kepada memuji kepimpinan PM.
Persoalannya mengapa harus memaksa pelajar-pelajar menulis surat satu Malaysia kepada PM sedangkan gagasannya masih kabur dan mengapa harus memuji kepimpinan PM dan mengapa harus ditapis kandungannya?
Bukankah lebih baik menggunakan ICT di mana pelajar menulis dan terus email kepada email PM. PM harus tahu dan menerima hakikat mengenai apa sahaja pandangan dari rakyat.
Pengetua pun janganlah hendak jadi 'kaki bodek' dengan cara memaksa pelajar-pelajar dalam hal ini.Seusia ini (13-17 tahun) pelajar telah dipaksa dan tidak diberikan kebenaran menulis, di manakah demokrasi yang dicanangkan sehingga ke Washington.

Ibu pelajar SBT

No comments: